Putrajaya, 26 Feb – Kementerian Kewangan sebentar tadi memaklumkan harga runcit terbaru bagi minyak RON95, RON97 dan diesel di Malaysia bermula 27 Februari sehingga 3 Mac ini.
Menurut kenyataan itu, harga runcit bagi RON95 dan RON97 dilaporkan naik sebanyak 5 sen kepada RM2.05 dan RM2.35 seliter.
Sementara itu, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 27 Februari 2021 Sehingga 3 Mac 2021. pic.twitter.com/CBHzm2HrcC
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) February 26, 2021
Sumber: Kementerian Kewangan