Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Di Semenanjung Kekal

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Di Semenanjung Kekal

PUTRAJAYA — Harga runcit bagi RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung masing-masing dikekalkan bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

“Harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.16 seliter. Manakala harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.56.

“Harga runcit petrol bersubsidi RON95 dibawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

“Sementara itu, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.94 seliter. Manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.,” maklum kenyataan itu.

Harga baharu itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu.

Sumber: Kementerian Kewangan