Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Harga Petrol Dan Diesel Di Semenanjung Turun Lagi
PUTRAJAYA — Harga runcit RON97 turun 3 sen kepada RM3.08 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi pula turun sebanyak 2 sen kepada RM2.52 seliter berkuat kuasa bagi tempoh 15 hingga 21 Januari 2026.
Manakala diesel di Semenanjung pula turun sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.84 seliter.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Sementara itu, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 per liter, dan harga petrol bersubsidi RON95 bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga petroleum bagi memastikan kestabilan harga serta kesejahteraan rakyat,” maklum kenyataan itu.
Sumber: Kementerian Kewangan