Siakap Keli
Gambar Via Salkukhairi Abd Sukor/ Newsweek

“Ada Berani?…”, Peguam Kongsi Apa Tuan Tanah Kena Buat Kalau Nak Lombong Emas Ditemui Dalam Tanah Sendiri Secara Sah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak beberapa hari lalu, media melaporkan mengenai penemuan emas di sebuah kampung di Kuala Lipis.

Penduduk kampung di situ dilapor mendapat kekayaan secara mengejut.

Sehubungan itu, peguam hartanah, Salkukhairi Abd Sukor, menjelaskan mengenai perkara tersebut dari sudut perundangan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Kecoh dalam berita semalam.

Dikatakan penduduk-penduduk di beberapa buah kampung dalam Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi orang kaya mengejut apabila didapati tanah miliknya terdapat emas di bawahnya.

Kemudian timbullah kenyataan daripada Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa bahan mineral tersebut adalah hak kerajaan negeri walaupun ia diperolehi dalam kawasan tanah milik persendirian.

Memang betul, Seksyen 40 Kanun Tanah Negara jelas menyatakan semua galian dan bahan batuan yang terkandung di dalam atau di atas mana-mana tanah adalah terletakhak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Ertinya jika anda dapati dalam tanah anda ada bahan mineral anda perlu memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang kewujudan bahan mineral tersebut.

Dan menjadi kesalahan kalau anda mengambil bahan mineral tersebut tanpa kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa negeri.

Kemudian ramailah nitizen yang memberi komen. Kenapa viralkan perkara tu. Buat diam-diam sudahlah.

Saya baca komen nitizen tu nak tergelak rasanya.

Nak buat diam diam mcm mana. Diaorang ingat melombong emas tu macam orang korek tanah cari cacing nak buat umpan mengail tu ke? Lepas gali boleh kambus balik.?

Melombong emas ni perlukan sumber air yang banyak. Bila dah start melombong, kawasan itu akan jadi bertakung dengan air dan sudah pasti akan menampakkan kesan. Sehari dua bolehlah sorok, lama lama mesti jiran akan nampak dan tahu juga. Mereka juga akan buat perkara yang sama.

Yang jiran lain pulak sama ada dia excited atau dengki, pasti akan pergi ambik gambar atau video dan share dengan kenalan terdekat. Lama lama habis satu dunia tahu. Memang susah nak sembunyi lah bila bab perlombongan ni. Lambat laun kerajaan negeri akan tahu juga.

Jadi, kalau penduduk terbabit nak teruskan aktiviti perlombongan tersebut mereka boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

Selepas memperolehi lesen daripada PTG mereka seterusnya perlu memohon lesen operasi pula daripada Jabatan Mineral dan Galian (JMG).

Pemilik tanah itu juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

Skim itu secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

Dan setiap pelombong perlu membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri.

Ada berani?

Ikhlas,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)

Sumber: Salkukhairi Abd Sukor

" "