Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 4 Negeri PKP Termasuk Selangor Ditukar Kepada Status PKPB Bermula 5 Mac

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, keputusan tersebut dibuat di atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan kes menunjukkan penurunan dan kadar kebolehjangkitan menurun selain kes kluster dan kes komuniti menurun.

Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal dilaksanakan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac.

Manakala, negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan bertukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 4 Mac dengan Perlis satu-satunya negeri yang ditukar statusnya kepada PKP Pemulihan (PKPP).

Sumber: Sidang Media Ismail Sabri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.