Siakap Keli
Gambar Via Google

Arab Saudi Dilapor Hanya Benarkan Individu Sudah Disuntik Vaksin COVID-19 Untuk Tunai Haji Tahun Ini

Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan bahawa hanya individu yang telah diberi vaksin COVID-19 yang akan dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini, lapor National Post.

“Vaksin COVID-19 adalah wajib bagi mereka yang ingin datang menunaikan haji dan akan menjadi salah satu syarat utama,” kata Menteri Kesihatan dalam satu surat pekeliling.

Walau bagaimanapun, kenyataan menteri kesihatan itu tidak mengesahkan sama ada jemaah haji dari luar negara diizinkan untuk menunaikan haji atau tidak, tetapi hanya mengatakan bahawa vaksin akan menjadi syarat utama untuk menunaikan ibadah itu, lapor Middle East Eye.

Pada tahun 2020, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan jumlah jemaah haji menjadi sekitar 1,000 sahaja untuk mengelak dari penyebaran jangkitan COVID-19.

Dua pertiga jemaah haji adalah penduduk asing dan satu pertiga dari mereka yang terpilih adalah kakitangan keselamatan dan perubatan dari Arab Saudi.

Sumber: National Post, Middle East Eye

Sofea

There's always another side to every story