Siakap Keli
Gambar: Polis Sentul / Gambar Hiasan via Google

Waspada, Sindiket Godam Aplikasi Whatsapp Dan Hubungi Rakan Untuk Tipu Wang, Ini Cara Nak Elak Jadi Mangsa

Penipuan melalui aplikasi Whatsapp bukanlah perkara baru. Namun begitu, masih ada yang berisiko tertipu dengan pelbagai cara penipuan yang baru.

Baru-baru ini, Polis Sentul telah berkongsi tips dan langkah untuk menghindari diri daripada menjadi mangsa penipuan di mana suspek akan mencuri akaun Whatsapp dan menyamar sebagai anda.

Suspek kemudiannya akan menghubungi rakan-rakan atau keluarga untuk meminta wang menggunakan identiti Whatsapp anda.

“Jika anda menerima SMS berbentuk begini, anda dinasihatkan agar tidak menjawab atau respon apa-apa daripada SMS ini. Kalau boleh anda padam atau block SMS ini,” kata anggota berkenaan.

“Kumpulan sindiket akan mendaftar Whatsapp menggunakan nombor telefon anda yang mana mereka akan membuat permohonan seolah-olah Whatsapp anda bertukar ke nombor telefon atau telefon yang lain.

“Jangan serahkan kod nombor atau butiran kepada sesiapa yang menghubungi anda selepas itu.”

Jelasnya, scammer akan log masuk melalui telefon mereka dan mencuri identiti anda. Kemudian, mereka akan menghubungi rakan-rakan dan keluarga anda melalui Whatsapp kononnya mereka adalah anda untuk meminjam atau meminta wang.

Susulan itu, beliau telah mengajar cara untuk membuat pengesahan dua langkah atau ‘two step verification’ bagi memastikan penjenayah tidak dapat mencuri akaun Whatsapp anda.

Berikut adalah langkahnya.

1. Klik ‘Setting’ dan ‘Account’.

2. Pilih ‘Two-step verification’

3. Masukkan pin anda sendiri. Anda akan diminta mengesahkan kod pin tersebut.

Sumber: Polis Sentul

Amira

Love yourself.