Siakap Keli
Gambar Via Umi Humaira

“Ohhh Jemmm Umi Memikir,” Wanita ‘Pening’, Anak Darjah Satu Minta Tukar Nama Sebab Sama Rakan Sekelas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun sesi persekolahan secara bersemuka bagi murid darjah satu pada kali ini bermula agak lambat namun mereka semua tetap bersemangat untuk ke sekolah.

Pun begitu, murid darjah satu kebiasaannya juga mempunyai ragam mereka yang tersendiri.

Sama seperti perkongsian di Facebook oleh Umi Humaira  yang bimbang melihat gelagat anaknya yang terdiam seribu bahasa setelah pulang dari sekolah.

Apabila ditanya mengapa dia bersikap sedemikian, anak perempuannya yang bernama Puteri Nur Humaira, berkata bahawa dia ingin menukar namanya kerana ada rakan sekelasnya yang juga mempunyai nama yang sama sepertinya.

Balik sekolah muka agak kerisauan..umi cuba tanya, kenapa kakak?penat ke?

Dia diamm seribu bahasa.

Umi tanya lagi..kenapa kakak?cerita la dengan umi.

Umi..boleh tak kakak nk tukar nama…sebab dalam kelas kakak ada nama sama macam kakak.

Ohhhh jemmmm umi memikir.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat anaknya itu.

Sumber: Umi Humaira

Sofea

There's always another side to every story