Siakap Keli
Gambar Via Travelog ET

Digelar ‘Pintu Masuk Ke Neraka’, Keunikan Danakil Depression, Antara Kawasan Terpanas Di Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk menggembara ke negara lain bagi mendapatkan pengalaman baru dan melihat sendiri pemandangan yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Banyak lokasi di negara lain yang mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri dan mungkin tidak diketahui wujud sebelum ini.

Salah satunya adalah kawasan Di Ethiopia ini yang digelar sebagai ‘pintu masuk ke neraka’ kerana keadaan cuaca yang terlalu panas.

Ikuti perkongsian Travelog ET mengenai Danakil Depression di bawah ini.

Danakil Depression di Ethiopia

Danakil Depression, ia disebut sebagai salah satu lanskap paling aneh di bumi. Seorang pengembara dari Britain, Wilfred Thesiger menggelarkan kawasan ini sebagai ‘pintu masuk ke neraka’.

Salah satu sebab dia gelarkan tempat ini sebagai pintu masuk ke neraka adalah kerana, suhu tempat ini dikatakan antara yang paling terpanas di dunia. Suhu di sini boleh mencecah sehingga 55 darjah celcius pada musim panas.

Untuk sampai di kawasan Danakil Depression, kami perlu merentas tasik garam yang berada 120 meter di bawah paras laut. Tasik garam ini sangat luas sehingga tidak terlihat di mana hujung pangkalnya. Menikmati matahari terbenam di sini, perasaannya seolah-olah saya berada di planet asing.

Gambar Via Travelog ET

Seluas-luasnya kawasan Danakil Depression ini cuma bewarna kuning dan jingga terang. Kruk krak kruk krak bunyinya, setiap kali kami melangkah dan memijak kepingan garam. Jika tersilap langkah, boleh terjerumus ke dalam lopak sulfur yang rasa-rasanya cukup berasid. Ada juga lopak yang sedang mendidih dan mengeluarkan buih-buih kecil yang berbau tengik dengan gas sulfur yang pekat.

Gambar Via Travelog ET

Kawasan ini dahulunya dikatakan sebahagian daripada Laut Merah. Gurung berapi yang berada berdekatan memuntahkan lava dan kemudian terperangkap di sini, setelah beribu-ribu tahun akhirnya terhasillah Danakil Depression. Ramai penyelidik yang telah datang ke sini untuk membuat kajian berkenaan tempat ini.

Untuk ke sini, kami di escort oleh beberapa orang lelaki tempatan bersenjata AK47 kerana kawasan ini sudah begitu dekat dengan sempadan negara Eritrea yang selalu bergolak. Jika berpeluang ke Ethiopia, jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya.

Sumber: Travelog ET

Sofea

There's always another side to every story