Siakap Keli

Cinta Berputik Di Sekolah, Cikgu Sanggup Tunggu 3 Tahun Sebelum Lamar Murid Jadi Isteri

Kisah percintaan seorang guru dan pelajar di sekolah sehingga berakhir dengan ikatan perkahwinan menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Guru yang dikenali sebagai Agung Nurpatria, menjadi tenaga pengajar di sekolah isterinya, Enjelin Lensenia, ketika bibit cinta antara keduanya mula berputik pada tahun 2016, lapor Tribun News.

Dalam diam-diam suaminya mula menaruh hati ketika Enjelin berada di kelas 3, Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) di Jakarta Timur.

“Pada masa itu saya berumur 18 tahun. Pada tahun 2016, saya berada di kelas 3 SMK.

“Semuanya bermula dengan alas meja latihan, pada waktu itu saya kehabisan wang untuk membeli barang ujian latihan bagi semester akhir di sekolah vokasional.

“Kemudian, suami saya secara diam-diam memerhatikan saya sebelum meminta nombor telefon saya untuk dihubungi,” kata Enjelin.

Kata gadis itu, pada mulanya dia merasa bimbang jika gurunya itu sudah mempunyai isteri tetapi merasa lega apabila suaminya berstatus bujang dan masih belum berkahwin.

Setelah itu, mereka mula menjadi rapat dan secara rasminya bercinta pada April 2016. Malah, suaminya sanggup menunggu kira-kira tiga tahun sebelum mereka disatukan pada November 2019.

“Dia menunggu saya yang tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin.

“Saya ingin mencuba menikmati masa muda saya dengan bekerja, menikmati gaji saya sendiri. Keluar dan membeli-belah dengan rakan-rakan saya,” kata Enjelin.

Walau jarak usia mereka berbeza 18 tahun, keluarga kedua-dua pasangan ini memberi restu dan tidak mempersoalkan kedudukan mereka sebagai pelajar dan guru sebelumnya.

“Keluarga menerima sahaja, tidak ada yang menghalang.

“Semua orang menerima satu sama lain, baik keluarga saya dan suami saya, kerana kami tidak menjalin hubungan haram.

“Kami berdua masih bujang dan tidak pernah berkahwin,” tambahnya.

Terdahulu, kisah cinta antara guru dan pelajar itu mula menarik perhatian ramai warganet setelah dimuatnaik oleh Enjelin Lensenia di laman TikTok miliknya

Perkongsian  tersebut meraih lebih 500 ribu tontonan oleh warganet dengan dibanjiri ribuan komen yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

@tahugejrot0808

<3 #myteachermyhusband

♬ original sound – 𝐣𝐳𝐲𝐧𝐧🧃 – 𝐬𝐮𝐤𝐢𝐞

Sumber: Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.