Siakap Keli
Kredit: Google

“Guna Selagi Boleh”, Ini 5 Cara Tingkatkan Prestasi Laptop Anda Boleh Cuba

Ada antara kita yang masih menggunakan laptop lama kerana tiada bajet, tiada masa untuk ‘research’ laptop baru mahupun takut untuk membeli secara atas talian. Kadangkala, ada yang mewarisi laptop daripada adik beradik yang lebih tua untuk ke universiti. Selagi boleh dihidupkan, selagi itulah ia digunakan untuk buat kerja dan tugasan.

Sesuai dengan umurnya, prestasi laptop yang sudah berusia selalunya akan menurun. Mulalah muncul masalah bateri rosak, dijangkiti virus, memori penuh dan sebagainya. Berbekalkan laptop 2GB RAM itulah kita siapkan tugasan di sudut perpustakaan sambil mencari soket untuk cucuk kabel charger sepanjang masa. Sangat memerlukan kesabaran.

Sabar, anda tak keseorangan. Jom kami kongsikan 5 cara anda boleh guna untuk tingkatkan prestasi laptop anda.

1. Pindahkan fail ke cloud

Masalah tak cukup ruang adalah perkara biasa bila dah bertahun anda gunakan laptop yang sama. Anda pasti pernah dengar tentang simpanan cloud, kan? Ia adalah salah satu cara mudah dan percuma untuk anda simpan dokumen selain daripada membeli external hard disk.

Antara pilihan simpanan cloud yang ada ialah Google Drive, Dropbox, Microsoft OneDrive dan IDrive. Muat naik sahaja fail-fail anda ke cloud, anda boleh mengaksesnya dari mana sahaja pada bila-bila masa. Asalkan ada internet.

Tapi, simpanan ini biasanya mempunyai had kapasiti dan anda perlu membayar untuk mendapatkan ruang tambahan.

2. Padam fail yang tidak perlu

Cuba buka recycle bin anda. Penuh dengan fail yang tidak digunakan atau sudah kosong? Sedar tak sedar, item yang telah anda buang masih boleh memakan ruang penyimpanan dan memberatkan laptop jika dibiarkan di dalam recycle bin.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Selain itu, data-data yang tidak lagi digunakan seperti fail sementara dan cache turut menggunakan ruang laptop anda. Kita mungkin tidak perasan kewujudannya sebab ia terletak di dalam sub folder yang jarang kita buka.

Jadi, untuk mengosongkan fail-fail jenis ini dengan mudah, gunakan utiliti disk clean up. Taip ‘disk clean up’ pada Windows, dan pilih fail yang ingin anda padam.

3. Install antivirus

Bukan sahaja boleh memadam fail atau mencuri maklumat peribadi kita, virus atau perisian hasad juga boleh menyebabkan laptop kita menjadi lambat. Hal ini kerana perisian ini akan bekerja secara rahsia tanpa kita sedar, sekaligus memakan ruang memori komputer.

Jadi, carilah antivirus yang sesuai dengan keperluan komputer anda dan berkesan melindunginya daripada risiko virus. Satu sahaja sudah cukup, kerana memasang beberapa antivirus pada masa sama mungkin akan membebankan laptop anda.

4. Reformat laptop

Salah satu cara terkenal untuk atasi masalah laptop perlahan ialah dengan memformat semula laptop anda. Dengan kos bermula RM30 ke atas, anda hanya perlu menghantar ke mana-mana kedai komputer yang lazimnya menawarkan servis ini. Kalau pandai buat sendiri, lebih jimat. Tapi jangan lupa back up terlebih dahulu segala fail tugasan yang ada di dalam laptop anda.

Proses ini mungkin memakan masa beberapa jam sahaja sehingga satu hari, bergantung kepada kedai yang anda hantar dan servis tambahan, jika ada.

5. Tambah RAM

Nak tambah RAM atau tidak, kita perlu tengok keperluan dan kegunaan komputer kita. Biasanya, untuk kerja-kerja biasa, 2GB hingga 4GB RAM sudah mencukupi. Tapi untuk kegunaan berat seperti kerja-kerja menyunting video atau main game, sekurang-kurangnya 4GB RAM diperlukan.

Dengan kos sekitar RM200, anda boleh upgrade RAM laptop anda menjadi lebih tinggi. Namun ingat, tak semua laptop akan jadi laju selepas tambah RAM. Ia juga bergantung pada faktor lain seperti processor, sistem operasi dan hard disk yang digunakan.

Dah buat macam-macam, tapi laptop masih slow..

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Apapun, jika semua cara sudah dibuat tapi laptop anda masih bermasalah, apa kata laburkan sedikit wang untuk beli laptop yang baru?

Kadangkala, kita sangka kita sudah berjimat, tapi rupanya kita sedang menghabiskan wang sedikit demi sedikit untuk memperbaiki satu persatu masalah yang timbul. Belum kira lagi masa yang terbazir semata-mata untuk tunggu laptop anda siap dibaiki di kedai.

Sekarang ini, sudah banyak pelan yang boleh anda ambil untuk membeli laptop secara ansuran mudah, malah tanpa faedah. Tak perlu angkut tabung dan bayar sekaligus di kedai. Pelajar pun boleh beli dengan duit sendiri. Jom kami kongsikan beberapa kelebihan jika anda beli laptop baru.

Dapat antivirus & simpanan awan percuma

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Laptop baru kini menggunakan perisian Windows 10 yang menawarkan perlindungan virus dan simpanan awan secara percuma. Jadi, anda tidak perlu lagi susah-susah membeli antivirus dan membayar langganan untuk simpanan cloud setiap bulan. Semuanya sudah tersedia secara built-in di dalam laptop anda.

Data-data anda juga akan terjaga dengan adanya Microsoft Defender Antivirus. Segala fail anda baik yang tersimpan di cloud, aplikasi mahupun web akan dilindungi secara real-time daripada ancaman virus, perisian hasad (malware) dan perisian intip (spyware) tanpa kos tambahan.

Selain itu, melalui penyulitan keselamatan (security encryption) perisian OneDrive, anda boleh menyimpan fail sandaran secara atas talian dengan selamat.

Dengan OneDrive Personal Vault (PV), pengguna boleh memastikan maklumat sensitif tersimpan rapi dan hanya boleh diakses melalui pengesahan identiti. Pengguna boleh mengesahkan identiti melalui cap jari, ID wajah atau kod yang dihantar ke emel atau SMS.

Anda juga boleh mengaksesnya melalui semua peranti anda baik Android, iOS atau Windows di mana sahaja walaupun tanpa internet. Senang, bukan?

Kadang-kadang, mungkin ada ibu bapa yang risau jika anak ketagih dengan gajet. Melalui Windows 10, anda tak perlu risau kerana anda boleh meletakkan jadual penggunaan skrin serta menghadkan akses terhadap kandungan dewasa. Anda juga boleh mengawal anak-anak daripada membeli aplikasi, filem atau permainan secara online tanpa pengetahuan. Selamat poket!

Lebih canggih dan mesra pengguna, siap boleh ‘log in’ dengan wajah anda

Aha, kini anda tak perlu lagi susah-susah mengingat dan menaip password yang panjang setiap kali ingin mengakses komputer anda.

Windows Hello memberi anda akses 3 kali lebih pantas berbanding password untuk log masuk komputer atau perisian seperti DropBox dan iHeartRadio. Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan kamera untuk mengecam wajah atau gunakan sahaja pengimbas cap jari bagi proses tersebut.

Bukan itu sahaja, ia juga membenarkan anda mendaftar masuk PC melalui peranti peribadi seperti jam tangan pintar (smartwatch) atau telefon pintar anda tanpa memerlukan kata kunci.

Namun jangan risau, anda juga boleh gunakan PIN sebagai back-up seperti biasa.

Tak cukup dengan itu, Windows 10 juga membolehkan pengguna menaip dan navigasi melalui suara serta mengklik melalui kawalan mata. Mudah, bukan?

Buat kerja di rumah dengan lebih cekap

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Bagi anda yang bekerja di rumah pula, Microsoft 365 pastinya berguna untuk kerjaya anda. Hanya dengan sekali langganan, anda ibarat membawa pulang pejabat ke rumah sendiri.

Anda boleh mengakses aplikasi Premium Microsoft 365 melalui lima peranti pada satu masa, baik menggunakan Windows, macOS, iOS ataupun Android.

Perisian ini juga membantu anda menguruskan kerja dan masa secara lebih cekap dengan memudahkan anda mengakses dan membalas emel di mana sahaja melalui Focused Inbox dan Suggested Replies.

Malah, anda boleh menyimpan lebih 300,000 gambar mahupun dokumen anda dengan selamat melalui simpanan awan OneDrive yang berkapasiti 1TB. Anda juga boleh berkongsi akses fail berkenaan dengan keluarga dan rakan-rakan secara real-time.

Bermula dari hanya RM81.46 sebulan

Percaya tak, semua kecanggihan dan kemudahan kami kongsikan tadi, anda boleh dapat dengan harga permulaan hanya RM81.46 sebulan.

Di senQ, anda boleh mendapat pelbagai jenama laptop dengan perisian Windows10 seperti Microsoft Surface, Acer Swift, Huawei Matebook, MSI dan ASUS.

Surface Pro 7
Acer Swift 5
Huawei Matebook D14
MSI Modern 14

Dengan hanya RM81.46 sebulan, anda sudah boleh mendapatkan Microsoft Surface Go 2 yang bernilai RM1,955.

Bagi Microsoft Surface Go pula, anda berpeluang menikmati rebat RM100 (128GB) sehingga RM180 (256GB) untuk memiliki laptop berspesifikasi 8GB RAM dengan unit pemprosesan i5 ini.

Tak terhenti di situ, anda juga boleh mendapat manfaat tambahan jika membeli mana-mana Surface Go sebagai ahli PlusOne iaitu jaminan tambahan satu tahun, bayaran ansuran tanpa faedah selama 36 bulan serta penghantaran percuma. Menarik, bukan?

Jadi tunggu apa lagi, beli laptop pilihan anda dan nikmati segala faedah yang telah kami kongsikan di atas sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.senq.com.my/microsoft-windows.

Amira

Love yourself.