Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sempat Buka Laptop Sebelum Penalti, Rupanya Ini Yang 'Dikaji' Pasukan Mesir

Pasukan Mesir
Kredit: AFP

Sempat Buka Laptop Sebelum Penalti, Rupanya Ini Yang 'Dikaji' Pasukan Mesir

Mesir mencipta sejarah apabila berjaya ke pusingan 16 Piala Dunia selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi sepakan penalti.

Seperti yang diketahui, Salah menjaringkan sepakan penalti paling bergaya, sekaligus memenangi Man of The Match dalam perlawanan itu.

Pemain Mesir yang lain tidak kurang hebatnya, apabila berjaya mengatasi tekanan dan menembusi gawang.

Namun, 'rahsia' kejayaan itu juga mungkin disebabkan oleh 'kajian' yang dilakukan oleh mereka sebelum sepakan penalti.

Kaji penjaga gol Australia

Mereka dilihat berkumpul mengelilingi sebuah komputer riba untuk menonton sorotan perlawanan Real Madrid, hanya beberapa minit sebelum penentuan sepakan penalti bermula.

Ada sebab munasabah di sebalik tontonan tersebut kerana penjaga gol Australia, Mat Ryan, pernah berdepan Los Blancos ketika mewakili Levante dalam saingan LaLiga.

Ryan, 34, pernah bolos menerusi sepakan penalti dalam kedua-dua aksi di tempat sendiri dan tempat lawan menentang Real Madrid apabila ditewaskan oleh Kylian Mbappe.

Pemain Mesir difahamkan sedang mengkaji pergerakan Ryan di garisan gol sebelum mereka sendiri mengambil sepakan penalti berdepan bekas penjaga gol Arsenal dan Brighton itu, lapor The Sun.

Kredit: AFP

Rakaman tersebut juga memberi gambaran kepada mereka bagaimana Mbappe berjaya menewaskan Ryan dari titik penalti.

Ryan pernah menyelamatkan satu sepakan penalti musim lalu, iaitu ketika Levante menang 3-0 ke atas Sevilla pada Januari.

Tontonan itu nyata membuahkan hasil apabila Ryan gagal menyelamatkan mana-mana daripada empat sepakan penalti yang dihadapinya.

Lebih malang, Ryan dimasukkan menggantikan Patrick Beach pada minit ke-119 khusus untuk menghadapi penentuan sepakan penalti.

Beach sebelum itu melakukan tiga penyelamatan sepanjang perlawanan dan sebenarnya berjaya menyelamatkan penalti terakhir yang dihadapinya, iaitu pada 30 Januari ketika Melbourne City seri menentang Wellington Phoenix.

Dalam pada itu, gelagat pemain Mesir yang menonton di komputer riba itu mencuri tumpuan netizen dan mendapat pelbagai reaksi.

"Mesir mengeluarkan komputer riba mereka, buat kajian dan lulus peperiksaan," kata seorang pengguna X.

"Rupanya persiapan Mesir memang berbaloi. Mereka sempat mengkaji Mathew Ryan sebelum penentuan penalti, kemudian menyempurnakan kesemua empat sepakan yang diambil," kata seorang lagi.

Sumber:The Sun