Siakap Keli

(Video) “Yaya Nak Beli…”, Jawapan Tak Disangka-sangka Adik Yaya Nak Beli Apa Kalau Banyak Duit Buat Ayahnya Terkejut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun terkadang telatah anak-anak kecil membuatkan ibu bapa ‘pening’ namun celoteh mereka sememangnya sangat menghiburkan dan boleh menghilangkan segala penat lelah.

Apabila berbual dengan mereka, banyak perkara yang tidak terjangka akan keluar dari mulut mereka.

Sama seperti video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Fyaireez, yang menyaksikan perbualannya bersama anak perempuannya.

Berumur dua tahun, Aldariya Dareesa dilihat sangat petah bercakap dan membuatkan ramai yang ‘geram’ dengan kecomelannya.

Ditanya apa yang ingin dilakukan jika mempunyai duit yang banyak, Aldariya atau lebih mesra dipanggil Yaya memberikan jawapan yang tidak terjangka, dia mengatakan hasrat untuk membeli adik.

Video yang setakat ini telah mendapat lebih 160 ribu tontonan itu mendapat perhatian dari netizen di Twitter.

Sumber: Fyaireez

Sofea

There's always another side to every story