Siakap Keli

(Video) Tenung Mata & Ucap ‘I Love You’, Cubaan Suami Nak Jadi ‘Romantik’ Dengan Isteri Bikin Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai pasangan suami isteri, ‘rencah’ utama dalam kebahagian rumah tangga adalah sikap saling mencintai antara satu sama lain.

Dalam bercinta pula, masing-masing pun perlulah wujudkan suasana romantis. Barulah ada ‘umphhh’ orang kata. Makin sayang ketat-ketat orang kata.

Banyak cara sebenarnya nak jadi romantis. Mungkin ada yang bagi isterinya bunga setiap hari, ada yang rajin buat kerja rumah sampai isteri jatuh hati. Macam-macam lagilah.

Seperti apa yang dikongsikan oleh warganet @apih_bollywood ini, dia pula cuba menjadi romantis dengan cara ‘bermain mata’ dengan isteri tercinta sambil mengucapkan ‘i love you’.

Nampak macam mudah kan? Tapi apa yang berlaku selepas itu memang mencuit hati. Jom tonton video ini.

@apih_bollywood

Reply to @kakashihatake0458 tak boleh lah #hagtt #foryou

♬ original sound – apih_bollywood – apih_bollywood

Netizen pun cair

Tersentuh hati melihat gelagat romantis antara kedua-dua pasangan ini, ramai warganet turut berasa ‘cair’ dengan apa yang mereka tonton ini.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah golongan bujang atau ‘single’, rata-rata terpaksa reda dengan apa yang terjadi.

“Yang single pun tersenyum sorang-sorang…”

Halal menjadi suami isteri yang sah kan salah satu nikmat terindah dalam hidup.

Demikian itu warganet ini berasa amat ‘terharu’ dan bahagia apabila dapat melihat pasangan ini saling mencintai.

Untuk anda yang belum tidur tu, apa kata cuba tiru aksi ini dengan pasangan anda di sebelah? Manalah tahu makin jatuh hati ke kan?

Tapi yang single tu, harap bertabahlah. Ada rezeki tu nanti..

Sumber: TikTok apih_bollywood

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'