Siakap Keli

(Video) Ada Yang Kata Kapal Selam, ‘Tank’ Gergasi Menyusuri Jalan Raya Di Melaka Buat Orang Ramai Teruja

Tular di media sosial sejak semalam, beberapa rakaman menunjukkan sebuah tangki gergasi yang dibawa di atas jalan raya di Melaka. Ramai yang dilihat teruja kerana pemandangan tersebut dikatakan jarang-jarang sekali dapat dilihat.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik oleh beberapa individu, jelas kelihatan tangki yang dibawa oleh lori itu begitu besar dan bergerak perlahan sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

”Besau bagak, orang Melaka dah boleh jangka, dia kalau keluar, jalan raya dia punya..” tulis seorang individu di caption bersama video yang dimuatnaik.

@iykafarhana

besau bagak 😆 orang melaka dah blh jangka, dia kalau keluar, jln raya dia punya 🤣 #fyp #foryoupage #fypシ #foryou

♬ original sound – Iyka Farhana – Iyka Farhana

Video berkenan telah meraih 1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dimuatnaik dan dibanjiri dengan ribuan komen oleh warganet yang pertama kali melihat kemunculan tangki gergasi berkenaan.

Rata-ratanya merasa ‘takut’ jika berada berhampiran tangki kerana saiznya yang begitu besar dan dikatakan seperti kapal selam.

Banyak kali ulang, aku duduk Melaka pun tak pernah nampak!

Ingat kapal selam kat Muzium Melaka

Tak pernah nampak dan tak tahu benda ni wujud!

Berdasarkan hasil carian, tangki gergasi ini merupakan pressure vessel atau pengandung tekanan yang direka untuk menyimpan gas atau cecair pada tekanan yang berbeza daripada tekanan sekitar.

Tinjuan di ruangan komen juga mendapati, terdapat beberapa individu memberitahu pressure vessel itu adalah bagi kegunaan industri minyak dan gas. Saiz yang lebih besar dikatakan pernah dilihat berbanding pressure vessel yang terdapat di dalam video berkenaan.

Ianya memang menarik perhatian ramai kerana didakwa hanya akan berada di atas jalan raya dalam tempoh beberapa tahun sekali dan memang menyebabkan kesesakan yang teruk.

Sumber: TikTok iykafrahana, wikipedia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.