Siakap Keli

Pernah Menuntut Dalam Bidang Perniagaan, Ini Latar Belakang Akademik MK Yang Ramai Tak Tahu

Siapa sahaja yang tak kenal penyanyi rap dikenali sebagai MK yang menganggotai kumpulan K-Clique ini. Setiap artis di Malaysia ini pastinya akan terpalit dengan gosip serta kecaman daripada pelbagai pihak.

Begitulah yang pernah terjadi kepada jejaka kelahiran Tawau, Sabah ini. Suatu masa dahulu, dia pernah menerima kecaman yang teruk oleh orang ramai kerana isu memakai gelang emas.

Pelbagai tohmahan serta kecaman diterimanya. Baru-baru ini, lantikannya sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd juga turut mendapat kecaman. Ianya kerana, ramai yang beranggapan bahawa pemuda yang berusia 25 tahun itu tidak layak dan tidak sesuai dengan imej ‘bad boy’ yang ditampilkannya.

 

Namun begitu, sejak dia dipilih untuk memikul mandat sebagai duta PTTI dari awal tahun ini selain menyertai kelas agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang MK dikatakan telah berubah.

Betul ke MK takkan pakai gelang emas lagi?

“Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.

“Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu.

“Pastinya setiap sudut kecaman dan kritikan itu saya akan nilai. Yang mana perlu dielak, saya akan cuba mengelaknya termasuk dalam soal imej diri. Saya tak pernah sempurna.

“Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup,” katanya.

Tambahnya lagi, dia telah pun lali dengan asam garam kecaman yang dilemparkan warganet kerana beranggapan bahawa perkara sebegitu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Saya anggap rezeki dalam hal apa dikongsi di media sosial tular dan mendapat perhatian. Dikecam itu biasalah. Macam jadi duta PTTI pun saya dipertikai kerana dianggap tak layak.

Mereka hukum saya tanpa tahu latar belakang akademik saya. Sampai ada anggap saya tak sesuai dek imej yang dipaparkan ketika menjadi artis.

“Apa lebih utama peranan itu buat saya jadi lebih bertanggungjawab. Saya sendiri dapat membentuk diri ini untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin.

“Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya yang mengikat setahun kontrak bersama PTTI,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia sedar bahawa untuk memuaskan hati orang bukanlah suatu perkara yang mudah.

“Dalam hidup ini, saya percaya kita tak boleh nak senangkan atau memuaskan hati semua pihak. Ada yang suka dan sebaliknya. Yang menyukai kita pun belum pasti keikhlasannya. Tapi apa jadi hidup harus diteruskan.

“Macam saya katakan, mungkin imej atau cara saya pantas dihakimi. Iyalah saya tahu ada yang anggap saya menyerlahkan sisi ‘bad boy’. Dan sekaligus dilihat bertentangan dengan visi PTTI yang menekankan hal akademik,” katanya.

Penyanyi rap yang kian meningkat naik ini turut mengakui bahawa ada yang mempertikaikan pelantikannya sebagai duta PTTI pada awalnya dan berasa sedih berkenaan perkara tersebut.

“Saya sendiri rasa ada calon lain yang lebih layak berbanding diri ini. Masa nak menerima lamaran PTTI ini pun saya ambil masa untuk menyatakan persetujuan

“Saya percaya PTTI ada sebab dan alasan tersendiri memilih diri ini. Saya percaya dengan adunan pencapaian akademik dan sedikit pengaruh saya, matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan generasi baru iaitu pelajar SPM boleh dicapai,” katanya.

Bagi menjawab persoalan berkenaan latar berlakang akademiknya, dia mendakwa bahawa dia pernah mencapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dahulu.

“Saya mendapat 5 A dan 3 B dalam SPM. Saya pernah menuntut dalam pengajian diploma bidang perniagaan di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah dari tahun 2012 hingga 2015.

“Secara peribadi, saya anggap keputusan dan tahap pendidikan itu paling baik saya pernah capai. Saya percaya ada yang lebih bagus dan cemerlang.

“Ketika itu memang bersemangat membuktikan kepada keluarga yang saya boleh buat. Alhamdulilah ia menjadi kenangan manis untuk saya kenang,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif PPTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, terdapat alasan yang kukuh untuk pihaknya memilih MK sebagai duta PPTI.

“Dalam hidup ini, kita pantas menghukum. ‘Dont judge a book by its cover’. Kami di PTTI ada sebab memilih MK.

“Umum tahu dia ada pengaruh besar dan hebat sebagai anak seni. Lihat saja bagaimana setiap entri di laman sosialnya mendapat perhatian dengan jumlah tanda suka dan tontonan ramai.

“Paling utama dia juga cukup cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat keputusan SPM (5 A dan 3 B ) itu saya kira cukup hebat untuk anak muda berjiwa besar sepertinya,” kata Cikgu Fana.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.