Siakap Keli
Gambar: Givemesport

“Sebagai Anak Dari Madeira…”, Jaring 770 Gol & Atasi Rekod Pele, CR7 Titip Pesan Buat Lagenda Brazil

Pemain anak jati Portugal, Cristino Ronaldo atau lebih dikenali dengan gelaran ‘CR7’ membuat satu hantaran bernada sebak menerusi laman Instagramnya semalam.

Penyerang kelab bola sepak Itali, Juventus berusia 36 tahun itu dilaporkan telah memecahkan rekod peribadinya sendiri apabila berjaya menghasilkan 770 gol sepanjang kariernya dalam bola sepak setakat ini.

Apa yang membuatnya sebak adalah pencapaian yang dirangkulnya itu telah melepasi rekod gol peribadi pemain legenda Brazil, Edson Arantes do Nascimento atau lebih terkenal dengan panggilan Pele. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Gambar: Instagram

Beberapa minggu terakhir ini penuh dengan berita dan statistik yang melaporkan tentang pencapaian saya sebagai Penjaring Terbanyak Dunia dalam sejarah bola sepak, mengatasi rekod 757 gol rasmi Pele.

Walapun saya bersyukur atas pengiktirafan itu, kini tibalah masanya untuk saya menjelaskan mengapa saya tidak ambil tahu tentang rekod gol saya sehinggalah ke saat ini.

Kekaguman saya yang begitu tinggi buat tuan Edson Arantes do Nascimento (Pele) adalah seperti mana rasa hormat yang saya miliki untuk bola sepak pertengahan abad ke-20, ianya mendorong saya untuk memperingati 767 golnya, termasuk sembilan gol untuk pasukan negeri Sao Paulo dan juga gol tunggal untuk pasukan tentera Brazil sebagai gol rasmi.

Dunia telah berubah sejak itu dan bola sepak juga turut berubah, tetapi ini tidak bermaksud bahawa kita perlu menghapuskan sejarah mengikut minat kita.

Hari ini, ketika saya mencapai pencapaian cemerlang dengan 770 gol dalam karier profesional saya, kata-kata pertama saya terus ke Pele. Tidak ada pemain di dunia sebelum ini dibesarkan untuk mendengar cerita mengenai permainannya, tujuan dan pencapaiannya dan saya tidak terkecuali.

Pele menjulang trofi Piala Dunia | Kredit: Goal.com / Google
Gambar: Givmesport

Dan oleh sebab itu, saya berasa terlalu gembira dan berbangga serta memperakui bahawa rekod gol itulah yang membawa saya ke puncak sebagai penjaring terbanyak dunia, melepasi rekod Pele. Ianya sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan sejak zaman kanak-kanak dan membesar di Madeira (Portugal).

Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perjalanan yang menakjubkan ini bersama saya. Kepada rakan sepasukan saya, lawan saya, peminat di seluruh dunia dan terutamanya sekali, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat saya, percayalah apabila saya mengatakan bahawa saya tidak dapat melakukannya tanpa anda.

Sekarang saya tidak sabar untuk perlawanan dan cabaran yang seterusnya! Rekod dan piala seterusnya! Percayalah, ‘cerita’ ini masih belum selesai. Masa depan adalah esok dan masih ada banyak kemenangan untuk Juventus dan Portugal!

Sertailah saya dalam perjalanan ini! Lets go!

Hantaran tersebut menerima kira-kira lebih empat juta tanda ‘likes’ daripada peminatnya di seluruh dunia.

Malah beberapa laman portal sukan antarabangsa seperti Givemesport dan ESPN turut menerbitkan liputan berita tentang perkongsian tersebut.

Mengimas kembali, CR7 merupakan salah seorang pemain bola sepak paling dikenangi dalam sejarah, sebaris dengan ‘musuh’ seterunya, Lionel Messi.

Sepanjang kariernya, dia berpengalaman bermain di beberapa kelab gergasi seperti Machester United (2003-2009), Real Madrid (2009-2018), Juventus (2018 hingga kini) serta berpeluang mengepalai pasukan kebangsaanya, Portugal beraksi di pentas Piala Dunia.

Sumber: Instagram / Givemesport / ESPN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'