Siakap Keli

(Video) Mungkin Ada Yang Tertanya-tanya, Abang Ni Kongsi Cara Nak Bawa Excavator

Terdapat banyak jenis jentera berat yang digunakan bagi kerja-kerja pembinaan seperti pengorekan tanah, tebuk lubang, tanam tiang dan sebagainya.

Memetik perkongsian Skillspower TVET Construction seperti yang dikongsikan semula di laman Facebook rasmi Kementerian Kerja Raya Malaysia sebelum ini, terdapat lima jentera asas yang biasa digunakan di tapak pembinaan.

Mobile crane yang juga jentera asas dalam mana-mana pembinaan berfungsi untuk mengangkat benda berat. Antara lainnya, backhoe pula digunakan untuk kerja pengorekan, penggalian dan pengangkutan bahan binaan.

Selain itu, piling machine pula cukup ‘dikenali’ dengan bunyinya yang agak bising. Ia berfungsi menggali lubang di tanah untuk dijadikan tapak dan tiang sesuatu struktur binaan.

Kredit: Skillspower TVET Construction

Lori pembancuh simen atau lebih dikenali dengan istilah ‘lori siput’ pula berfungsi untuk membancuh simen. Kelebihan lori ini adalah berupaya membancuh sukatan simen, pasir dan air dengan lebih sempurna berbanding bancuhan secara manual.

Tidak dilupakan juga, jentera besi besar di tapak pembinaan, tidak lain tidak bukan adalah excavator. Difahamkan, ia adalah jentera paling utama digunakan untuk menggali tanah dalam kuantiti yang banyak di kawasan kering dan berair, selain berfungsi mengangkut tanah ke dalam lori untuk dibawa ke tempat lain.

Cara-cara mengendalikan excavator

Setiap jentera yang digunakan mestilah dikendalikan oleh orang yang pakar dan berkemahiran. Jika tidak, silap kendali silap jugalah struktur binaannya.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Info Teknik Sipil, pengendali excavator ini berkongsi tutorial bagaimana mahu mengendalikan jentera berat tersebut.

Banyak fungsi, banyak jugalah kemahiran yang perlu digunakan. Nampak mungkin agak mudah, tapi hakikatnya hanya pakar sahaja sahaja yang faham.

Pengendali ini menunjukkan contoh penggunaan asas excavator di satu lokasi di tepi pantai. Mari tonton video ini.

Sumber: Skillspower TVET Construction melalui KKR / Info Teknik Sipil

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'