Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) Saling Berpelukan Kuatkan Satu Sama Lain, Kisah Wanita Derma Buah Pinggang Buat Suami Bukti Cinta Sejati

Baru-baru ini beredar sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang isteri yang sanggup berkorban untuk suaminya.

Difahamkan bahawa si isteri sanggup mendermakan buah pinggangnya untuk suaminya. Video tersebut telah dikongsi oleh sebuah akaun Instagram bernama @makassar_info dan telah mendapat tontonan lebih daripada 40 ribu kali oleh warganet.

Dalam keterangan video tersebut, video itu difahamkan telah diperoleh dari salah seorang pengguna media sosial. Pengguna itu menulis keterangannya yang pastinya membuatkan ramai pasangan bertanyakan tentang betapa cintanya anda terhadap pasangan anda.

“Berapakah tahap cinta anda? Kalau tahap ibu saudara saya, dia berani mendermakan ginjalnya kepada suaminya,” tulis akaun itu.

Mereka berdua kelihatan berada di bilik hospital. Mereka berdua dilihat bersama duduk di katil hospital.

Walaupun mereka sedang sakit, mereka saling berpelukan sambil membawa tiub IV yang dilekatkan pada tubuh mereka. Mereka berdua kelihatan saling memberi semangat kepada satu sama lain. Hingga akhirnya, kedua-dua mereka kelihatan berbaring di katil hospital selepas menjalani pembedahan derma buah pinggang.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai warganet yang memberikan komen berasa sedih dan terharu terhadap pasangan tersebut.

“Masya Allah????????????”, ujar seorang warganet.

“Selama ini, kita banyak lihat adegan ini dalam drama atau filem sahaja. Namun kali ini, ianya benar-benar terjadi,” tulis seorang lagi warganet.

Sumber: Indo Zone

Aqmal Ezany

I write what is right