Siakap Keli

Jangan Tak Tahu, JPN Bangunkan ‘MyKad’ Kita Dengan 7 Ciri-ciri Keselamatan Ini

Setiap individu di mana-mana negara pasti mempunyai kad pengenalan diri masing-masing, termasuklah Malaysia.

Kad pengenalan di negara kita umumnya dinamakan sebagai MyKad. ‘My’ adalah merujuk kepada ‘Malaysia’ dan ‘my’ kepunyaan diri kita. Manakala ‘Kad’ pula merujuk kepada kad pengenalan serta singkatan ‘kad akuan diri’.

Sebagai bukti identiti berdaftar sebagai kerakyatan, MyKad ini merupakan benda wajib yang kita kena bawa ke mana sahaja. Malah banyak urusan sama ada rasmi mahupun tidak rasmi juga turut menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti.

Namun tahukah anda, MyKad yang ada dalam dompet kita itu dilengkapi tujuh ciri-ciri keselamatan yang ketat? Ianya maklumat pengenalan diri kita yang sulit itu terdedah dan disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Mari kita lihat tujuh ciri-ciri keselamatan yang ada pada MyKad kita ini:-

1. Cetakan pelangi

Cetakan boleh berubah warna dari merah ke ungu pada sudut tertentu. Kilauan pelanginya akan muncul jika kita memandang kad tersebut daripada sudut berbeza.

2. Nombor MyKad turisan laser

Mengelakkan nombor MyKad daripada mudah ditoreh. Ini penting kerana jika ianya mudah ditoreh, penjenayah mungkin akan lebih mudah untuk menukar maklumat kita.

3. Imej turisan laser

Jika kita perasan, terdapat satu lagi gambar wajah kita tertera di bahagian tengah MyKad. Imej yang diletakkan di situ adalah daripada turisan laser. Sudah tentu tidak mudah untuk penjenayah mengubahnya.

4. Perlindungan anti-salinan

Mengelakkan MyKad daripada mudah dicetak oleh pihak tidak bertanggungjawab. Perlu diingatkan, penjenayah boleh melakukan apa sahaja terhadap MyKad kita ini, termasuklah mencetaknya untuk tujuan yang tidak dikenal pasti.

5. Corak ‘guilloche’

Corak latar belakang MyKad.

6. Sinaran UV pelbagai warna

Variasi warna terdapat pada MyKad tulen. Manakala bagi kad palsu, barangkali tiada lagi sinaran UV pelbagai warna seperti yang asal.

7. Cip 80K

MyKad mempunyai satu cip mikropemproses serta memori EEPROM yang berupaya menyimpan pelbagai data seperti biometrik (cap jari/imbasan iris), lesen memandu, pengaksesan MEPS dan sebagainya.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara / Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.