Siakap Keli
Gambar Via Twitter

(Video) Pokok Tumbang & Kuasa Elektrik Terpadam, Bandar Di Colorado Rekod Ribut Salji Paling Tebal Dalam Sejarah

Bandar di Colorado, Denver kini merekodkan salah satu ribut salji paling tebal dalam sejarah bandar itu.

Menurut CNN, lebih dari 27 inci salji telah dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada awal hari Isnin, ia menandakan ribut salji paling tebal keempat Denver sejak direkodkan pada tahun 1881.

Walaupun ribut sudah hampir berakhir pada petang Isnin, lebih daripada 16,000 penduduk mengalami ketiadaan elektrik di Colorado.

Di seluruh negeri, beberapa jalan utama ditutup termasuk dua jalan raya antara negeri.

CNN juga melaporkan bahawa salji lebat itu telah menyebabkan pokok tumbang dan ketiadaan talian kuasa serta kereta terdampar di seberang bandar.

Suhu yang sangat rendah juga memperlihatkan kepingan ais di beberapa jalan yang dilitupi salji.

Ribuan penerbangan di Denver International juga dibatalkan, landasan ditutup untuk penerbangan pada hari Ahad.

Ribut salji kini ‘menuju’ ke Midwest termasuk kawasan di selatan Minneapolis dan di sebelah barat Chicago.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story