Siakap Keli

(Video) Aksi Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Jadi ‘Hero’ Selamatkan Mangsa Cuba Bunuh Diri Dipuji Ramai

Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan jenayah di negara ini tidak dapat dinafikan lagi.

Secara umumnya, terdapat 10 jabatan yang ditugaskan mengikut fokus bahagian masing-masing, iaitu Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan KDN/NA, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Jabatan seterusnya ialah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Manakala di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Komisioner Polis (CP) pula, terdapat 15 bahagian yang mempunyai skop tugasan berbeza:-

  • D1 – Bahagian Kawalan Dalaman
  • D2 – Bahagian Pendaftaran Rekod Jenayah
  • D3 – Bahagian Pencegahan ATIPSOM
  • D4 – Bahagian Operasi/Risikan/Rekod
  • D5 – Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
  • D6 – Bahagian Bantuan Teknik
  • D7 – Bahagian Pencegahan Judi/Maksiat/Gansterism
  • D8 – Bahagian Siasatan/Perancangan
  • D9 – Bahagian Siasatan Khas
  • D10 – Bahagian Makmal Forensik
  • D11 – Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-kanak
  • D12 – Bahagian NCB/Interpol
  • D13 – Bahagian Databank DNA
  • D14 – Bahagian Siasatan Jenayah Terancang
  • Bahagian Urus Setia

Berbalik mengenai PDRM, selain bertanggungjawab mematahkan segala kegiatan jenayah, pihak berkuasa ini juga turut berdepan dengan cabaran daripada orang awam sendiri.

Terdapat banyak kes terjadi yang menunjukkan sesetengah orang awam sanggup mencabar kuasa pihak polis dalam melakukan jenayah. Namun sudah namanya amanah, segala cabaran ini berjaya ditepis demi keselamatan negara.

Satu lagi cabaran PDRM yang mungkin ramai tidak perasan adalah menghadapi kes-kes ‘unik’, salah satunya adalah mematahkan cubaan individu yang didakwa berniat ingin membunuh diri.

Seperti yang berlaku di Bukit Tinggi, Pahang ini, berlaku kejadian cubaan bunuh diri melibatkan seorang individu. Namun cubaan tersebut gagal dan berjaya dipatahkan oleh Ketua Balai Polis Bukit Tinggi sendiri.

Mari ikuti perkongsian di laman Facebook Polis Bentong di bawah ini.

Kecekapan Ketua Polis Balai Bukit Tinggi menyelamatkan mangsa cuba bunuh diri dipuji dan membanggakan Warga IPD Bentong – Ketua Polis Daerah Bentong.

Sumber: Facebook Polis Bentong / KDN / Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'