Siakap Keli
Gambar: FB Dinah Rakhim

Wanita Ini ‘Makeover’ Dengan Konsep Putih, Dapur Yang Sempit Nampak Luas Dan ‘Mewah’

Dapur menjadi antara lokasi tumpuan di dalam rumah yang sangat penting. Bagi para isteri, pastinya banyak masa dihabiskan di dapur bagi menyediakan juadah buat suami dan anak-anak.

Jadi, perkara biasa jika ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut bajet dan kemampuan. Rasa lebih teruja dan menaikkan ‘mood’ memasak bila adanya dapur yang cantik, kemas dan selesa.

Seperti perkongsian oleh Dinah Rakhim menerusi Group Facebook Kelab Kaki Deco mengenai ruangan dapurnya yang telah diubahsuai dengan begitu cantik sekali. Memilih konsep dapur berwarna putih, ruangan yang dulunya biasa, kini kelihatan moden dan luas.

Perkongsian tersebut mendapat 8.6 ribu tanda suka dan dibanjiri dengan ribuan komen oleh warganet yang memuji hasil renovasi selain menyifatkan dapur tersebut merupakan idaman para wanita.

Kitchen Makeover untuk mereka yang sukakan dapur putih.

Gambar “before & after”.

Putih itu “timeless” sebab itu dapur putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.

Using all white cabinets, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring & subway tiles.

Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim
Gambar: Dinah Rakhim

Sumber: Dinah Rakhim via Kelab Kaki Deco

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.