Siakap Keli

Selangor Mencatatkan Bilangan Peminat Nasi Lemak Tertinggi – Kajian Oxwhite

17 Mar 2021, KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Oxwhite mendedahkan kira-kira satu daripada dua rakyat Malaysia akan memilih Nasi Lemak sebagai sarapan pilihan sekiranya mereka diberi pilihan untuk memilih antara Nasi Lemak, Roti Canai dan Siu Mai.

Dengan sekatan pergerakan yang semakin dilonggarkan di negara ini, Oxwhite menjangkakan bahawa rakyat Malaysia akan kembali mengunjungi kedai makanan kegemaran mereka apabila situasi pandemik Covid-19 semakin reda. 

Oleh yang demikian, Oxwhite telah menjalankan satu survei di platform Facebook mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Dapatan survei menunjukkan bahawa Nasi Lemak adalah menu sarapan paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sementara itu, Selangor mencatat bilangan peminat Nasi Lemak tertinggi sebanyak 29%. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 16% dan Penang sebanyak 12%.

Walau bagaimanapun, bukan semua meminati Nasi Lemak. Survei mendapati bahawa rakyat Malaysia yang berasal dari Melaka dan Sarawak mempunyai citarasa yang berbeza. 

Sebanyak 47% rakyat Melaka lebih cenderung memilih Roti Canai daripada Nasi Lemak (33%) dan Siu Mai (20%).

Bagi rakyat Sarawak pula, 40% daripada mereka lebih cenderung memilih Roti Canai. Ini diikuti oleh Siu Mai dan Nasi Lemak – masing-masing 31% dan 29%.

Menariknya, kajian juga mendedahkan bahawa kecenderungan rakyat Malaysia untuk memilih Nasi Lemak sebagai sarapan pilihan semakin menurun apabila usia semakin meningkat. Hal ini ditunjukkan oleh tren penurunan yang stabil antara mereka yang berumur  21-30, 31-40, 41-50 dan juga dari kategori umur 51 tahun ke atas, masing-masing turun dari 40%, 37%, 13% dan 11%.

“Ini mungkin dikaitkan dengan faktor kesihatan, dimana seiring bertambahnya usia, kita menjadi semakin peka dalam membuat pilihan makanan yang sihat,” kata pengasas Oxwhite, CK Chang. 

Oxwhite kemudian mendapat inspirasi untuk melancarkan koleksi t-shirt MakanLah yang meraikan budaya makan dalam kalangan rakyat Malaysia sempena pembukaan kedai rasmi mereka di Lazada. 

“Memandangkan kami bakal melancarkan Oxwhite di Lazada pada 18 Mac, kami sering memikirkan bagaimana untuk menarik orang ramai untuk membeli di kedai rasmi kami.

“Mengambil kira keupayaan platform Lazada untuk mencapai jutaan rakyat dalam satu masa, kami berfikir panjang untuk mencipta keunikan dan kepelbagaian dalam usaha menarik minat orang ramai ke kedai kami. Akhirnya, tercetus idea koleksi MakanLah dimana kami merasakan tidak ada cara yang lebih baik untuk mendekati rakyat Malaysia selain menerusi citarasa dan budaya makanan yang sekian lama menjadi faktor yang menyatukan rakyat di negara ini,” kata Chang. 

Oxwhite bekerjasama dengan Salang Design untuk menghasilkan rangkaian t-shirt eksklusif Lazada yang memuatkan reka bentuk sarapan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan Siu Mai.

Berdasarkan corak pilihan di kalangan rakyat Malaysia, Chang menjangkakan reka bentuk Nasi Lemak akan menjadi pilihan pertama, diikuti oleh Roti Canai dan Siu Mai.

“Saya mungkin salah berhubung ramalan saya mengenai Nasi Lemak sebagai reka bentuk yang paling popular, tetapi kita akan lihat,” katanya.

Mengenai Oxwhite

Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi menggunakan model direct-to-consumer, memberikan alternatif yang mudah diakses untuk jenama mewah yang mengekalkan kualiti premium dengan hanya sebahagian kecil dari kos.

Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018 dengan satu produk iaitu baju putih klasik. Sejak itu, jenama ini telah memperluas pilihannya dengan menawarkan pelbagai jenis produk yang disesuaikan dengan keperluan harian orang Asia moden: dari pakaian formal hingga pakaian kasual; dan dari barangan keperluan melancong ke barangan kediaman dan keperluan hidup.

Oxwhite akan terus meningkatkan penawarannya untuk menjadi e-peruncit pilihan bagi orang Asia yang ingin kelihatan cantik dan mewah dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.oxwhite.com, kedai rasmi Shopee https://shopee.com.my/oxwhite.os atau kedai rasmi Lazada https://www.lazada.com.my/shop/oxwhite/.

Nur Farra