Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Kejohanan Sukan Di Stadium Dengan Kehadiran Penonton Dibenarkan Berkuat Kuasa 1 April

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kejohanan sukan di stadium/venue dengan kehadiran penonton adalah dibenarkan dengan mengikut SOP yang dikeluarkan.

Menurutnya, bagi kawasan PKPB, hanya 10% kapasiti penonton atau 2,000 orang (mana-mana yang lebih rendah) dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa sahaja dibenarkan.

Bagi kawasan PKPP pula, hanya 25% kapasiti penonton atau 8,000 orang (mana-mana yang lebih rendah) dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa sahaja dibenarkan.

Tambahbnya, kebenaran tersebut akan berkuatkuasa mulai 1 April 2021 ini.

Sumber: @MINDEFMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right