Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Detik Mendebarkan Tempat Duduk Stadium Runtuh, Lebih 100 Orang Dilaporkan Cedera

Lebih dari 100 orang dilaporkan cedera disebabkan tempat duduk di stadium telah runtuh di India.

Kejadian itu berlaku semasa mereka sedang menonton kejohanan sukan Kabaddi.

Menurut Daily Mail, sekurang-kurangnya 20 penonton cedera parah dan dikejarkan ke hospital tempatan di Suryapet pada Isnin.

Rakaman detik-detik kejadian menyaksikan sekitar 400 orang yang duduk di tempat duduk penonton terjatuh sebelum pertandingan pembukaan kejuaraan junior kebangsaan ke-47 bermula.

Dua orang pula dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hyderabad untuk rawatan intensif.

Kejohanan junior melibatkan lebih daripada 1,500 pemain dari 29 negeri dan merangkumi pasukan perempuan dan lelaki.

Kabaddi adalah sukan tradisi India yang melibatkan pergerakan fizikal di antara pemain.

Maklumat lebih lanjut mengenai punca tempat duduk itu runtuh tidak didedahkan.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story