Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan untuk melanjutkan pengecualian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian yang akan berkuatkuasa mulai 1 April hingga 31 Mei 2021.
Pun begitu, para pemandu perlu memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.
Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi kenyataan media oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang dimuatnaik di Facebook sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu lagi, jika LM dan LKM telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021, ia perlulah diperbaharui dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.
Individu yang LM dan LKM mereka tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 pula hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.
Jika LM atau LKM yang tamat tempoh bagi Pengecualian Pertama (1 Februari hingga 31 Mac 2021) ia perlu diperbaharui dalam tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan, iaitu bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.
Posted by Ministry of Transport Malaysia on Thursday, March 25, 2021
PENGECUALIAN BAGI TUJUAN PERBAHARUI LESEN MEMANDU (LM) DAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) PERSENDIRIAN DARI 1 APRIL HINGGA 31 MEI 2021
Posted by Ministry of Transport Malaysia on Thursday, March 25, 2021
Sumber: Ministry of Transport Malaysia