Siakap Keli

(Video) Harimau Kumbang Jantan Seberat 52 Kg Berjaya Ditangkap Perhilitan N.Sembilan

REMBAU, 26 Mac (Bernama) — Seekor harimau kumbang jantan seberat 52 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Solok Baing, Kendong, dekat sini, pada Rabu lepas.

Pengarah Perhilitan negeri Wan Mat Wan Harun berkata perangkap tersebut dipasang sejak 15 Jan lepas, susulan aduan daripada penduduk kampung mengenai harimau kumbang jantan itu yang sering berkeliaran di sekitar kampung tersebut sejak 14 Jan.

“Harimau kumbang berkenaan memasuki perangkap pada 9.30 pagi. Sebaik menerima maklumat itu 10 anggota Perhilitan Negeri Sembilan dihantar ke kampung berkenaan untuk memeriksa perangkap tersebut.

“Kami dapati harimau kumbang itu berada dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pada tahun ini, pihaknya hanya dapat menyelamatkan dua ekor harimau kumbang daripada diancam kepupusan.

Harimau kumbang ini akan diberi rawatan oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu dan dilepaskan di kawasan perlindungan di negeri ini yang berada di bawah jagaan Perhilitan,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.