Siakap Keli
Gambar: TikTok Lia

(Video) “Jangan Sakitkan Ayah,” Selalu Ikut Keluar Bersama, Gadis Ini Dilamar Ayah Sahabat Sendiri

Cinta tidak mengenal usia. Bagi Lia Asyifa Arrifani, dia kini merancang untuk menikahi ayah kepada sahabatnya sendiri yang merupakan seorang duda.

Kongsi Tribun News, segalanya bermula apabila Lia sering ke rumah sahabatnya ketika musim pandemik COVID-19.

Adakalanya ayah kepada sahabatnya itu turut mengikuti mereka keluar meluangkan masa bersama.

“Keluar sesekali sahaja, dan kalau keluar, ayahnya suka ikut. Pernah datang di vila ayahnya dan makan bersama keluarganya juga,” kongsi Lia seperti ditulis Tribun News.

Menurut Lia, sahabatnya itu merestui hubungan mereka, namun mengingatkan wanita itu agar tidak menyakiti ayahnya.

“Selalu diberi amaran, “Jangan sakitkan ayah ya, kalau sekadar main-main, lebih baik jangan. Cukup berkawan sahaja. Tapi kalau nak serius, tolong jaga ayah, jangan sampai sakitkan ayah”,” kata Lia, berkongsi peringatan si sahabat kepadanya.

Bagaimanapun, ibu bapa wanita itu pada awalnya menentang hubungan berkenaan kerana faktor usia.

“Awalnya keluarga saya tidak merestui hubungan ini, kerana masalah umur yang jauh. Bahkan, umur ayah saya dengan pasangan saya tidak jauh beza,” tambahnya.

Pun begitu, lama-kelamaan keluarganya mula merestui hubungan itu selepas melihat wanita itu bahagia. Ayah kepada sahabatnya itu juga dikatakan telah menemui kedua-dua ibu bapa Lia untuk melamar wanita berkenaan.

Kisah mereka menjadi tular selepas Lia berkongsi sebuah video di laman TikTok berkenaan hubungan itu dan mendapat lebih 78.7 ribu tanda suka.

@lia_asyifa

Ayahnya temen w duda yaa bund, BIG NO to pelakor n cheating 😋 #fyp #fypシ #beranda #pelakor bye #GiniGayaGue #PUBGMB3AT #xyzbca #cheating #selingkuh

♬ Pamer Pacar Remix – o

Sumber: Tribun News, TikTok

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Amira

Love yourself.