Siakap Keli

(Video) Boleh Jadi Rujukan Untuk Suami, Pak Utih ‘Belanja’ Tips-Tips Nak Lebih Memahami Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam meniti institusi kekeluargaan, banyak yang perlu dipelajari agar ia tidak mudah roboh dan  dimusnahkan oleh orang luar.

Setiap pasangan suami isteri juga boleh ‘menadah telinga’ dan  mendengar nasihat daripada orang yang lebih ‘makan garam’.

Mungkin nasihat-nasihat dari Pak Utih ini boleh membantu para suami untuk lebih memahami isteri masing-masing.

Pak Utih atau Haji Ahmad Shafiai Uda Jaafar menjadi perhatian netizen dengan video-video nasihat dan juga tips berkaitan rumah tangga yang dikongsikan olehnya.

Sering memuatnaik video di TikTok, dia kini mempunyai sebanyak 231 ribu pengikut di media sosial itu.

@pakutih

#fyp #suamiisteri #tiktokmalaysia #anakmuda

♬ original sound – Pak Utih – Pak Utih

@pakutih

#ftp #anakmuda #tiktokmalaysia #suamiisteri Salah satu punca putus tunang oleh lelaki.

♬ original sound – Pak Utih – Pak Utih

Bukan sahaja untuk pasangan suami isteri, nasihat yang diberikannya juga sangat berguna untuk individu bujang.

@pakutih

#ftp #tiktokmalaysia #anakmuda #suamiisteri Wahai lelaki yg sdg bertunang, jgn mengorat perempuan lain.

♬ original sound – Pak Utih – Pak Utih

@pakutih

#fyp #tiktokmalaysia #suamiisteri Tip 1 melayan mentua.

♬ original sound – Pak Utih – Pak Utih

Perkongsiannya juga sentiasa mendapat perhatian ramai dengan setiap video mendapat sebanyak ratus ribu tontonan.

@pakutih

#fyp #anakmuda #tiktokmalaysia Dengar ni anak2 lelaki.

♬ original sound – Pak Utih – Pak Utih

Diakui sememangnya setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasi sebarang kemelut rumah tangga tetapi apa salahnya untuk menerima sedikit nasihat dari orang-orang yang lebih berpengalaman.

Sumber: Pak Utih

Sofea

There's always another side to every story