Siakap Keli

(Video) Cara Pemuda Ini Tukar Lirik Lagu Raya ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ Jadi Nama Haiwan Dalam Bahasa Arab Bikin Terhibur

Bermacam-macam caranya untuk kita mempelajari sesuatu bahasa itu. Kalau nak pandai Bahasa Melayu, kenalah rajin membaca berita, artikel dan sebagainya. Banyak kosa kata baharu yang kita boleh hafal.

Kalau nak pandai Bahasa Inggeris pula, kenalah rajin buka kamus, tonton filem ‘orang putih’ yang ada terjemahannya, dengar lagu ‘mat saleh’ dan banyak lagi. Manakala nak mahir berbahasa Arab pula, orang kata kena selalu baca Quran dan tafsirnya.

Menyentuh tentang Bahasa Arab, ada seorang netizen di TikTok yang menggunakan nama akaun Sirsyazwan ‘mengajar’ kita beberapa jenis haiwan yang disebut dalam bahasa Arab.

Menariknya, netizen ini mengajarnya dalam bentuk lagu, di mana lagu itu diadaptasi daripada rentas melodi asal lagu raya yang berjudul ‘Ku Senandungkan’ nyanyian Dayang Ku Intan.

Jom hayati lagu haiwan ini.

@sirsyazwan

#belajarbahasaarab #arabsirsyazwan #tiktokguru #gurubahasa #learnontiktok

♬ original sound – wahyu ksn – wahyu ksn

Sumber: TikTok Sirsyazwan

"