Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Status PKPB Di Enam Negeri, Wilayah Termasuk Selangor & KL Dilanjutkan

Sofea

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri masih kekal.

Negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Keputusan tersebut dilakukan selepas mempertimbangkan trend kes semasa di semua negeri tersebut.

Selain itu, status PKPP di 10 lagi negeri dan wilayah juga kekal. Negeri-negeri dan wilayah berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

“Pengekalan status PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan bermula pada 1 April 2021 sehingga 14 April 2021, kecuali Sarawak yang bermula hari ini (30 Mac 2021) sehingga 12 April 2021,” katanya.

Tambahnya lagi, SOP di semua negeri masih lagi sama seperti sebelum ini.

Sumber: BERNAMA TV