Siakap Keli
Gambar Via Syazwani Musa

Mengadu Sakit Dada Bila ‘Start’ Enjin Motosikal Lama, Wanita Buat Kejutan Beli Motosikal Baharu Untuk Bapanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selagi ibu bapa masih lagi di sisi, hargailah mereka dan sayangilah dengan segenap jiwa kerana ‘ketiadaan’ mereka suatu hari nanti pasti akan memberi impak yang besar buat kita semua.

Walaupun segala hadiah atau wang ringgit yang diberikan kepada ibu bapa tidaklah setanding dengan ‘harga’ pengorbanan mereka selama ini, tetapi sekurang-kurangnya ia juga boleh membahagiakan mereka.

Menerusi perkongsian Syazwani Musa di Facebook, dia dan adik beradiknya membuat kejutan membeli motosikal itu untuk bapanya.

Menurutnya, mereka memutuskan untuk menghadiahkan motosikal itu setelah motosikal lama bapanya telah tidak berfungsi dengan baik.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Alhamdulillah surprise menjadi

Risau nak berlakon sangat pun sebab mak ayah tak berapa nak sihat jugak. Hanya bagitau nak amik gambar ja.

Tengahari rembang nak amik gambar tak ke buang tabiat.

Alkisah macam biasa ayah akan cerita apa aktiviti ayah. Hari tu dengar ayah kata

“Ayah pi padang (bendang).. Tapi motor nie bila mati enjin ja, nak start balik sakit dada2”

Yala.. Motor dah berpuluh tahun dah ayah dok naik. Tapi masih setia berkhidmat.

Balik ja rumah, bagitau En Faizal Naim

“Nak beli motor”
“Nak buat apa beli motor? “

Yalaa memandangkan kami sendiri pun dah ada motor tapi jarang naik.

“Nak beli untuk ayah “
“Ohh.. motor apa nak beli?”
“Motor ex5”
“Xpa laa.. esok kita pi cari”

Yeayyy.. Bila bos dah bagi green light, Alhamdulillah.. Pencarian diteruskan keesokkannya

ex5 memang menjadi pilihan utama pada awalnya sebab sama macam motor ayah sekarang. Tapi stok warna biru tak dak.. Nak amik warna merah takot ayah tak naik pulak

2 minggu jugak mencari. Kena booking dulu. Itu pun kedai tak pasti bila boleh dapat. Akhirnya Honda Wave Alpha nie menjadi pilihan. Lepas nie kita pakai starter ja naa.. Tak sakit dada dah bila ayah nak start

Alhamdulillah.. Boleh la buat meronda kampung bersama kekasih hati. Jauh-jauh dilarang sama sekali yaa

S : Syazwani
M : Musa
D : Dah ( Nama mak Rosyadah. Nak tunggu R lambat sangat)

Sumber: Home Tutor Syazwani Musa

Sofea

There's always another side to every story