Siakap Keli
Gambar Via Arif Azhar

Ini 5 Lokasi Yang Memang Rugi Kalau Korang Tinggal Di Selangor Tapi Tak Pernah Jejakkan Kaki

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan di beberapa negeri termasuk Selangor.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga masih lagi tidak boleh merentas negeri kerana bimbang risiko penularan COVID-19.

Disebabkan itu, pasti ramai yang resah gelisah kerana sudah lama tidak bercuti dan berjalan-jalan.

Tetapi jangan risau, bagi anda yang berada di Selangor, anda boleh berjalan-jalan di sekitar Selangor sahaja.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Selangor juga mempunyai banyak port yang menarik untuk bercuti dan berjalan-jalan seisi keluarga.

Jom tengok lima ‘syurga tersembunyi’ di Selangor yang dikongsikan oleh Arif Azhar ini.

5 SYURGA TERSEMBUNYI DI KUALA SELANGOR 

Ramai yang tak tahu dan belum pergi lagi

Enjoy the video dan ada sedikit tips dari saya. jemput baca

View tempat-tempat percutian di Kuala Selangor memang terbaikk Serious nice gila! Macam pemandangan di Bolivia, Brazil dan Holland. Tak sangka betul.

Ini tips untuk anda.

1) BUKIT MELAWATI

Tempat yang anda wajib visit jika ke Kuala Selangor adalah Bukit Melawati. Anda boleh naik kereta api pada hari Sabtu dan Ahad. Di atas tu ada Rumah Api, Muzium dan yang paling best ada haiwan seperti monyet tapi dia lebih comel dan jinak, bulu berwarna hitam, namanya Lotong. Anda boleh beri mereka makan kacang panjang, nanti dia datang dekat anda. Hehe  View Matahari terbenam di Bukit Melawati sungguh cantik. Tiap kali ke Kuala Selangor, saya akan menikmati sunset di sana.

Tiket Kereta Api : RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak

2) SKY MIRROR

Sky mirror ni tempat paling rare! Perjalanan naik bot dari Jeti Pasir Penambang ke Sky Mirror mengambil masa sekitar 25 minit. Di pertengahan jalan, bot akan berhenti sekejap bagi burung helang makan. Helang di sini memang banyak, siapa yang bawa anak kecil, mesti mereka teruja. Ye la, saya yang dewasa ni pun beria ambil gambar helang. Hehe

Tiket : RM30 (Helang)

Gambar Via Arif Azhar

Nthen bot teruskan perjalanan ke Sky Mirror, di sinilah syurga tersembunyi Kuala Selangor yang orang ramai belum ketahui. Sky Mirror ni unik tau sebab dia berada di tengah laut, macam pulau tapi ia cuma timbul beberapa jam. Selepas itu, ia akan jadi laut semula. Untuk makluman anda, Sky Mirror ni ada dua saja di dunia, iaitu di Bolivia dan Malaysia. Tiba-tiba rasa bangga jadi orang Kuala Selangor.

Bergambar di Sky Mirror ni memang heaven! Lagi-lagi jika langit berwarna biru, pantulan langit lebih jelas. Tips untuk gambar nice, anda perlu pakai pakaian yang berwarna-warni, contoh warna kuning, oren, hijau, merah supaya gambar reflection lebih menarik. Jika ada 4-5 orang lebih bagus, anda boleh buat berbagai-bagai aksi. Anda boleh lihat gambar-gambar saya, memang WOW!

Gambar via Arif Azhar

Tiket : RM80
(Ask for more Group Discount)
Contact : 016-2234 788
FB : Sky mirror world tour
Web : www.skymirrorworld.com

3) BLUE TEARS

Ini lagi satu keajaiban yang saya lihat depan mata. Waktu senja, langit dah gelap, bot perjalanan pulang ke Kuala Selangor. Kemudian bot pergi di satu kawasan tengah laut, saya diberi jaring ikan seperti di akuarium tu. Lalu saya sauk jaring tersebut ke dalam air laut, tiba-tiba jelas kelihatan Blue Tears. Saya kagum gila! tak-tahu nak cakap macam mana. 🤩 Benda Blue Tears ni macam butiran-butiran lampu biru. Sebelum saya jadi professor, lebih baik anda search kat google haha sampai sekarang saya tak habis fikir, sungguh ajaib Blue Tears ni. Anda kena tengok depan mata, baru anda faham.

Tiket : RM30

4) KELIP-KELIP

Bila dah malam, gelap, sunyi, bunyi cengkerik. Bot lalu slow tepi-tepi pokok bakau, kelihatan penuh kelip-kelip berterbangan di sekitar pokok. Seperti di Amazon Brazil, saya bercuti kat sini macam mimpi. Tak sangka yang kelip-kelip banyak, sampai masuk ke dalam bot sehinggakan saya berzikir melihat kebesaran Tuhan. Subhanallah, cantik sungguh.

Jika anda nak pergi visit 3 tempat sekaligus Sky Mirror, Blue Tears dan Kelip-Kelip, saya sarankan anda booking pakej Combo, lagi jimat daripada booking asing-asing. Anda boleh wasap team Sky Mirror World Tour.

Tiket : RM25
Wasap : http://www.wasap.my/60162234788
FB : Sky mirror world tour

5) SEKINCHAN PADI BOX

Saya menginap di Padi Box yang dikelilingi sawah padi. Tenang betul, bangun pagi dengar bunyi burung berkicauan. Wahhh inilah syurga dunia! Anda boleh lakukan aktiviti mengayuh basikal, main layang-layang sambil minum air kelapa pandan dan makan jagung bakar. Ya Allah, memang nikmat!

Gambar Via Arif Azhar

Harga : RM118/night (2pax)
Contact : 019-320 5688 (Whatsapp)
FB : Sekinchan Padi Box

Overall, Saya bg ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Kalau anda nak relakskan minda, saya sarankan pergilah bercuti ke Kuala Selangor. Tempat pelancongan yang sangat menarik, anda tak akan menyesal, percayalah cakap saya! Pengalaman bercuti yang saya share ini sangat berharga.

Tag kawan2 anda yg plan nak pergi bercuti ke Kuala Selangor.

Sumber: Arif Azhar

Sofea

There's always another side to every story