Siakap Keli
Kredit: Freepik/Google

Pelik Betul, Kau Beli Barang Tapi Dapat Duit Balik?

Biasanya kalau korang pergi berbelanja kat kedai, mestilah kena keluar duit kan dan dapat barang kan? Tu memang sistem ‘semulajadi’ dalam mana-mana aktiviti jual beli.

Tapi pernah tak kalau korang beli barang, duit tu memang ‘luak’ tapi lepas tu, korang boleh dapat duit balik? Nampak macam pelik kan? Rileks. Sebenarnya memang ada… tapi macam mana caranya?

Berbelanjalah guna aplikasi MAE

Tahu tak korang, Maybank2u kini ada bangunkan satu aplikasi iaitu MAE by Maybank2u, di mana korang boleh berbelanja menggunakan duit  secara tanpa tunai!

MAE ni fungsi dia sama macam e-Wallet lain, tapi yang bestnya korang boleh ‘tebus’ balik duit korang pada kempen-kempen tertentu.

Tiada akaun Maybank? Jangan risau. MAE ni boleh dimuat turun dan digunakan oleh semua orang tak kira korang pengguna bank mana sekalipun… dan ianya percuma!

Tak kiralah tua atau muda, adik-adik dari umur 18 tahun hinggalah ke abang-abang atau akak-akak berusia 50 tahun, semua boleh guna MAE ni.

Caranya mudah saja. Muat turun aplikasi MAE di Play Store atau App Store, daftar maklumat diri, aktifkan fungsi ‘Scan & Pay’ dan korang boleh mula berbelanja. Senang je kan?

Macam mana cara nak aktifkan ‘Scan & Pay’? Sila tonton video ini:

Nak guna MAE kat mana & untuk apa?

Kalau korang nak beli barang dapur, atau nak beli set penjagaan kulit untuk isteri kat rumah, tak perlu susah-susah guna duit tunai. Sekarang kan musim COVID-19, lagi bagus kalau tanpa tunai.

Selain dapat elakkan jadi kontak rapat apabila guna wang tunai, secara tak langsung pengamalan pembelian tanpa tunai dapat bantu putuskan jangkitan COVID-19. Tak gitu?

Selain itu, bagi pengguna Maybank, korang tak perlu nak ‘top up’ MAE ni setiap kali nak berbelanja macam e-Wallet lain, sebab dia akan ‘link’ dengan akaun Maybank korang yang sedia ada. Manakala bagi pengguna yang tak ada akaun Maybank pula, boleh je guna macam biasa & nikmati semua promosi yang ditawarkan.

Nah, tonton video ni kalau nak tahu lebih jelas tentang MAE.

Makin banyak belanja, makin banyak duit dapat

Satu benda korang kena tahu, dalam MAE ni ada satu kempen tengah berlangsung… khas untuk korang beb! Makin banyak korang belanja, makin banyak korang dapat duit. 

Tadi kan ada sebut tentang beli barang? Yes, kalau korang berbelanja kat tempat-tempat yang tersenarai di bawah ni, korang berpeluang menikmati pulangan duit tunai melalui kempen Back 2 Back Cashback!

Kempen ni dibuat bagi memberi peluang untuk korang nikmati pembelian barangan harian dengan kos yang sangat berbaloi. Nak beli barang dapur ke, barangan kesihatan ke, nak ‘shopping’ ke, semua boleh.

Jom tengok kat mana korang boleh ‘join’ kempen Back 2 Back Cashback! ni:-

1) AEON 

Nikmati pembelian berbaloi dan pulangan wang tunai di AEON Supermarket, AEON Wellness dan AEON Retail dengan cara berikut:

  • Belanja minimum RM50, korang boleh dapat ‘cashback’ RM5
  • Boleh tebus ‘cashback’ sebanyak 3 kali sepanjang kempen berlangsung
  • Tempoh kempen: 15 Mac 2021 – 31 Mei 2021

2) 99 Speedmart

Nak beli barang rumah tapi tak sempat nak ke AEON? Tiada masalah..… 99 Speedmart kan ada. Dekat je dengan rumah. 

  • Belanja minimum RM30, korang boleh dapat ‘cashback’ RM3
  • Tempoh kempen: 15 Mac 2021 – 14 April 2021

3) Rawatan kesihatan

Bukan setakat beli barang je, ‘time’ tengah demam pun boleh dapat ‘cashback’ juga bang. 

  • Buat rawatan & beli ubat di klinik atau farmasi minimum RM30, korang boleh dapat ‘cashback’ RM5
  • Tempoh kempen: 15 Mac 2021 – 11 April 2021

4) ‘Shopping’ di Sunway

Mana yang nak bawa keluarga pergi ‘shopping’ pada hujung minggu, apa kata kalau korang bawa diorang pergi Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall atau Sunway Putra Mall. Sebab apa?

  • Setiap kali berbelanja, korang boleh nikmati Sunway Pals Point sebanyak 10 kali ganda!
  • Tempoh kempen: 10 Mac 2021 – 4 April 2021

Amacam? Syok tak keluar duit tapi dapat duit balik?

Jadi, apa nak buat ni?

Jangan buang masa. Muat turun aplikasi MAE di Google Play Store dan App Store sekarang. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah cara nak dapatkan ‘cashback’ kat bawah ni:-

  1. Aktifkan fungsi ‘Scan & Pay’ yang disediakan dalam aplikasi MAE
  2. Ketika nak buat pembayaran, klik pada simbol pengimbas (scanner) di skrin untuk aktifkan Scan & Pay. Klik ‘Show your QR code’ untuk bayar
  3. Nikmati ‘cashback’ korang sendiri seperti yang dipaparkan!

Untuk keterangan lanjut, korang boleh layari di SINI & boleh juga ikuti sebarang info terkini di Facebook, Instagram dan Twitter Maybank.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun MAE dan nikmati Back 2 Back Cashback sekarang!

*tertakluk kepada terma & syarat

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'