Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Missed Call’ Cecah Ribuan, Mesej Tak Berbaca 999? Trend Pelik Pengguna iPhone Ini Curi Perhatian Ramai

TREND
Kredit: Threads/ @airinadelina._

‘Missed Call’ Cecah Ribuan, Mesej Tak Berbaca 999? Trend Pelik Pengguna iPhone Ini Curi Perhatian Ramai

Bagi kebanyakan orang, melihat notifikasi yang tidak dibaca mungkin sudah cukup membuatkan mereka resah sehingga mahu segera menekan butang "clear".

Namun, lain pula ceritanya buat segelintir pengguna iPhone yang menganggap lambakan angka pada ikon panggilan dan mesej sebagai satu 'kepuasan' tersendiri.

Perkara itu menjadi bualan hangat di Threads selepas seorang pengguna berkongsi paparan skrin yang menunjukkan jumlah panggilan tidak dijawab mencecah ribuan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengakui mereka turut mempunyai tabiat sama.

Seorang pengguna Threads, @airinadelina._, berkata keadaan itu boleh membuatkan seseorang yang tidak biasa melihatnya berasa tertekan.

“INI KALAU TERTEKAN SUMPAH SAKIT STREAK CALL MENDONIA,” katanya.

Perkongsian tersebut kemudian disusuli oleh pengguna @nazranazeri._ yang memuat naik tangkap layar menunjukkan 3,018 panggilan tidak dijawab dan 65 mesej belum dibaca.

“Kalau macam ni?” ujarnya secara berseloroh.

Tidak ketinggalan, pengguna @loveyouuuzariffff turut menyertai trend itu dengan berkongsi bahawa beliau mempunyai 999 mesej belum dibaca serta 789 panggilan tidak dijawab.

“HAHAHAHA nak join jgk,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @s0meones._, mengakui beliau sengaja membiarkan angka notifikasi tersebut terus bertambah kerana berasa pelik apabila paparan itu kosong.

“I ingat i sorang je jenis suka nampak dekat tempat archive chat, chat dengan call tu bia banyak-banyak centu sebab rasa sakit mata bile kosong kt situ.

“Ha satu lagi dengan status i tak suka tengok status orang banyak-banyak. Kalau i rasa i nak tengok, i tengok. Am I weird?” katanya.

Dalam pada itu, pengguna @quail.3847299 pula mengakui dirinya bertentangan dengan golongan tersebut kerana tidak gemar melihat lambakan notifikasi.

“Aku pulak jenis tangan tak boleh dok diam, nampak banyak mesti nak tekan. Kecuali chat group malas sebab selalu ada notif,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @syamrosdi, berkata perkara yang paling menyakitkan hati ialah apabila orang lain mengambil telefon lalu membersihkan semua notifikasi tanpa kebenaran.

“Paling sakit bila orang lain yang tekan,” ujarnya.

Menariknya, perbincangan itu memperlihatkan dua kelompok berbeza dalam kalangan pengguna telefon pintar.

Ada yang tidak boleh membiarkan walau satu notifikasi tertinggal, manakala ada pula yang sengaja mengumpulkan ribuan panggilan dan mesej tidak dibaca sehingga menjadi satu identiti atau 'habit' tersendiri.

Walaupun ia sekadar trend santai di media sosial, perkongsian itu mengundang gelak tawa ramai netizen yang menyedari mereka sebenarnya mempunyai tabiat yang sama tanpa disedari.