Siakap Keli

(Video) Aksi Lelaki Tak Berganjak Walau Buaya Besar Datang Dekat & Rileks Menyapu Bikin Ramai Seriau

Pernahkah anda terbayang apa yang anda akan lakukan jika tiba-tiba berada dekat dengan buaya? Seperti yang diketahui, haiwan itu sememangnya sangat ganas dan boleh menyerang mangsanya dengan rakus.

Tetapi, situasi tersebut mungkin tidak akan memberi kesan kepada pekerja-pekerja di zoo atau taman buaya kerana mereka sudah biasa berhadapan dengan buaya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini yang menyaksikan seorang pekerja tidak mengendahkan buaya besar berhampirannya ketika sedang membersihkan kandang buaya. Ia dipercayai berlaku di Taman Buaya, Melaka.

@bedamau

sape2 free dtg la ke taman buaya melaka🐊🐊🐊

♬ Im Yours Remix – MarshandaMaitimu

Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa buaya sedang mendekati pekerja itu dengan mulut yang ternganga.

Pun begitu, pekerja itu kelihatan sangat ‘santai’ dan tidak takut sambil terus membersihkan kawasan itu.

@bedamau

nama buaya ni (aris 1000kg) sape2 nk tgok dtg la ke taman buaya melaka…klu ade dtg…jumpe sy tegur2 la ye…😘🐊🐍

♬ Lagu Tahun Baru by DJ Lucu – Lucu Lucu Video

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘gerun’ melihat video tersebut dan tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen-komen lucu.

Sumber: Rizal

Sofea

There's always another side to every story