Siakap Keli
Gambar Via Mirwana

Lagunya Pernah Jadi Siulan Anak Muda, Faizal Tahir & Mirwana Bakal Buat Kemunculan Semula?

Suatu ketika dahulu, lagu-lagu nasyid sering menjadi siulan ramai. Walaupun bukan penggemar genre nasyid, lirik-liriknya pasti akan meniti di bibir setiap orang.

Jika anda masih ingat, Mirwana merupakan antara kumpulan nasyid yang popular pada ketika itu.

Dengan ahli asal seramai lima orang, Mirwana pernah popular dengan lagu Hikmah Kembara, Aku Tanpa CintaMu dan Inni Akhofullah.

Bagi yang masih tidak tahu, Faizal Tahir merupakan salah seorang anggota asal Mirwana dan keluar dari kumpulan itu pada tahun 2005.

Mungkin untuk mengubat rindu peminat, Faizal Tahir dan enam lagi anggota Nirwana termasuk tiga ahli baharu memberi bayangan  seolah-olah akan mengeluarkan lagu Aku Tanpa CintaMu versi tahun 2021.

Menerusi kemaskini di Facebook Mirwana, mereka memuatnaik satu gambar yang memperlihatkan  Faizal Tahir, Along, Akmal, Hafiz, Ikram, Naim dan Faiz dengan tajuk lagu tersebut.

Tanpa sebarang caption, tidak dapat dipastikan bila lagu tersebut akan diperdengarkan kepada umum dan maklumat lebih lanjut mengenai kolaborasi itu tidak didedahkan.

Ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang teruja dengan ‘reunion’ tersebut dan tidak sabar untuk mendengar lagu Aku Tanpa CintaMu versi 2021.

Posted by Mirwana on Sunday, April 4, 2021

Sumber: Mirwana

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.