Siakap Keli
Gambar: Nad Zainal

“Semoga Sentiasa Indah Pekerti,” Nad Zainal Kongsi Nama ‘Klasik’ Untuk Anak, Budi Kalsom Nama Diberi

Jika diperhatikan, trend nama lazimnya berubah mengikut peredaran zaman. Nama-nama klasik sering dikaitkan dengan unsur bahasa Melayu serta Arab manakala nama-nama moden kini menggunakan pinjaman daripada pelbagai bahasa. Hasilnya, lahirlah nama-nama unik yang pertama kali kita dengar di telinga.

Namun bagi selebriti, Nad Zainal, beliau memilih untuk menamakan anaknya dengan nama yang ringkas dan klasik, Budi Kalsom.

Nama itu dikongsikan Nad selepas genap tujuh hari usia bayinya yang lahir ke dunia pada 30 Mac lalu di mana kiriman tersebut telah mendapat lebih 20 ribu tanda suka setakat ini.

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi.. Selamat hadir dalam hidup kami,” tulisnya.

Terdahulu, Nad sempat berkongsi interaksi anak sulungnya, Yem yang berusia lima tahun melalui sebuah video yang dimuatnaik di Instagram.

Jelas kasih sayang seorang abang, Yem mendodoikan adiknya dengan zikir sekailgus membuatkan warga maya cair melihat kanak-kanak itu.

Comel je abang dodoi adik

Pandainya Yem jaga adik

Sumber: Nad Zainal

Amira

Love yourself.