Siakap Keli

(Video) 44 Dilaporkan Terkorban Dan 24 Hilang Dalam Kejadian Banjir Lumpur Di Flores Timur

Seramai 44 orang dilaporkan telah terkorban dalam kejadian banjir lumpur di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut Berita Satu, Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) mengatakan bahawa seramai 256 orang penduduk telah dipindahkan di Balai Desa Nelemawangi dan sejumlah penduduk yang lain pula dipindahkan di Balai Desa Nelelamadike.

Tidak cuma itu, terdapat 24 orang dilaporkan telah hilang dan sebanyak sembilan kampung di empat daerah terjejas disebabkan kejadian ini.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) juga sedang mengumpulkan data mengenai kerosakan harta benda, 17 unit rumah dipercayai telah dihanyutkan dan 60 terbenam di dalam lumpur.

Banjir itu dilaporkan berlaku kerana jumlah hujan yang lebat melanda pada sejak tiga hari yang lalu.

“BPBD telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan penduduk yang terjejas dan memberikan bantuan kepada mereka, ” kata Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Raditya Jati.

Sumber: Berita Satu

Sofea

There's always another side to every story