Siakap Keli

(Video) Abang Ni Saran & Tunjuk Cara Pasang ‘Tire Pressure Monitoring System’, Lebih Mudah Nak Pantau Tekanan Angin Tayar Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila memiliki kereta sendiri, banyak yang perlu dijaga dan diberikan perhatian iaitu bukan sahaja dari segi ‘kecantikan’ luaran tetapi juga berkaitan ‘kesihatan’ kereta.

Ramai yang baru sedar mengenai sebarang kerosakan bila kereta sudah tidak boleh dihidupkan.

Sama juga seperti tayar kereta, ia perlulah sentiasa diperiksa untuk mengelak daripada tayar pancit terutama jika ingin memulakan perjalanan yang jauh.

Bagi yang masih tidak tahu, anda boleh menggunakan Tire Pressure Monitoring System (TPMS) yang boleh membantu memberikan amaran kepada anda mengenai tekanan tayar.

Dengan adanya alat tersebut, anda juga akan dimaklumkan mengenai masa untuk menambah tekanan angin tayar.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai TPMS ini dan bagaimana cara untuk menggunakannya.

Jangan risau, anda boleh belajar cara memasang TPMS yang dikongsikan oleh HyunHMK di TikTok.

Menurutnya, alat itu telah dibeli di dalam platform Shopee.  Apa tunggu lagi, jom tengok video di bawah ini.

@hmk_8403

Nie aku ajar cara nak pasang Tyre Pressure Monitoring System kat kereta. Senang jew.. #70mai #racunonlineshop #malaysia

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Shopee

Lazada

Sumber: HyunHMK

Sofea

There's always another side to every story