Siakap Keli
Gambar Via Adnil Usi San

(Video) Meriah Macam Taman, Akak Ni Kongsi Hasil Setiap Hari Selama 7 Bulan Tanam Pokok Bunga Di Laman Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah satu keistimewaan apabila tinggal di rumah landed ialah apabila boleh bercucuk tanam di sekitar halaman rumah dan hasilnya boleh dinikmati seisi keluarga.

Bayangkan rimbunan pokok-pokok dan sayur-sayuran yang tumbuh menghijau dengan hasil yang hanya tinggal untuk dipetik sahaja.

Tidak cuma itu, ibu-ibu juga pasti tidak akan membiarkan halaman kosong tanpa pokok bunga, tetapi pokok bunga tersebut biasanya hanya ditanam dalam pasu sahaja.

Pernahkah anda terbayang untuk menanam pokok bunga sahaja di sekeliling halaman rumah? Anda tidak perlu ragu-ragu kerana hasilnya pasti akan menakjubkan.

Seperti yang dikongsikan oleh Adnil Usi San di Facebook, dia menunjukkan pemandangan yang luar biasa di halaman rumahnya yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang tumbuh mekar.

Gambar Via Adnil Usi San
Gambar Via Adnil Usi San

Menurutnya, bunga-bunga itu telah ditanam olehnya dan ibunya pada setiap hari sejak tujuh bulan yang lalu.

Rimbunan bunga-bunga ros Jepun jenis carnation duna dan grandy yang berwarna-warni itu menjadikan pemandangan di rumahnya tampak lebih menawan.

Gambar via Adnil Usi San
Gambar Via Adnil Usi San

Ditanya bagaimana menjaga semua pokok bunga itu, Adnil berkata bahawa mereka perlu sentiasa rajin mencabut rumput di sekeliling bunga itu.

Jangka hayat ia pun lama, kami tanam keratan dalam seruas jari.

Gambar Via Adnil Usi San
Gambar Via Adnil Usi San

Dulu rumah tokwan kat sebelah ni ada kilang padi, jadi laman depan tu tempat letak baja padi dan sekam padi, dari dulu lagi apa yang mama tanam dekat situ semua menjadi,” katanya ketika dihubungi SK.

Tambahnya lagi, keratan bunga pertama pula dibeli di Shopee sahaja dan dia dan ibunya menggunakan baja kopi untuk bunga-bunga itu.

Bunga-bunga itu juga akan berkembang dengan cantik bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, selepas itu ia akan kuncup dan berkembang kembali seperti biasa pada keesokan harinya.

Sumber: Adnil Usi San

Sofea

There's always another side to every story