Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video) Ada Lelaki Bertopeng Cuba Buka Pintu Belakang, Wanita Ini Ingatkan Agar Terus Kunci Pintu Sebaik Masuk Kereta

Jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya bagi wanita yang terpaksa keluar bersendirian atas urusan kerja.

Salah satu langkah pencegahan yang berulang kali dipesan ialah sentiasa mengunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita di TikTok, dia menghadapi detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali cuba memasuki ke dalam kenderaannya. Lapor Mirror UK, kejadian itu berlaku ketika wanita berkenaan sedang bersiap sedia untuk ke tempat kerjanya.

“Saya ingin ke tempat kerja pagi ini. Saya masuk kereta, dan seperti kebiasaan, terus kunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam.

“Sementara saya memakai tali pinggang keledar, sebuah kereta berhenti betul-betul di belakang kereta saya dan ada seorang wanita memandu,” katanya.

Kongsi wanita itu, seorang lelaki bertopeng muka menghampiri kereta wanita berkenaan, membuatkan dia berfikir kereta itu adalah perkhidmatan e-hailing.

“Seorang lelaki menghampiri keretanya dan mereka berdua memakai topeng muka. Saya fikir ia adalah Uber, jadi saya putuskan untuk tunggu mereka beredar supaya saya dapat keluar dari parkir dengan lebih mudah.

“Tak tahu sebabnya, lelaki itu tidak masuk ke dalam kereta dan wanita itu terus memandu pergi. Jadi saya fikir, “Oh mungkin ia bukan Uber,” kata wanita itu.

Bagaimanapun, jelasnya, wanita tersebut beredar dari situ sebelum berhenti secara tiba-tiba di sebelah keretanya sambil menekan hon berkali-hali.

“Dia berhenti tiba-tiba di sebelah kereta saya, menekan hon dengan marah dan menunjuk ke arah saya Saya keliru, tidak faham apa yang berlaku.

“Apabila saya pandang belakang , lelaki yang sama cuma menarik pintu kereta, cuba masuk ke dalam kereta saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita tadi, situasi mungkin menjadi lebih buruk,” katanya.

Perkongsian wanita itu telah mendapat lebih 603,000 tontonan dan lebih 100 ribu tanda suka di laman tersebut.

Taktik jenayah serupa juga boleh berlaku di mana-mana. Oleh itu, biasakan kunci kereta anda sebaik melangkah masuk kerana kita tidak tahu jika ada mata yang sudah lama memerhati anda.

@esor_gaming

Please share this! We need to look out for one another! #staysafeladies #fypppppppppppp #lookoutforeachother

♬ original sound – Esor

Sumber: Mirror UK

Amira

Love yourself.