Siakap Keli

(Video) Kecoh, Rombongan Pengantin Lelaki Tersilap Alamat & Salah Singgah Rumah ‘Pengantin Perempuan’, Siap Duduk & Serah Hantaran Lagi

Bila tibanya hari paling bahagia untuk setiap pasangan iaitu hari perkahwinan, pasti setiap orang berharap agar ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang cacat cela.

Namun, tiada apa yang sempurna di dunia ini, walaupun semuanya sudah dirancang dengan rapi.

Seperti situasi yang tular di Indonesia ini, rombongan pengantin lelaki dipercayai telah ‘menyerbu’ ke dalam rumah yang salah, lapor Tribun Lombok.

Sementara pengantin wanita sedang menunggu rombongan lelaki yang tidak kunjung tiba, rombongan lelaki dipercayai telah pergi ke alamat rumah yang salah, menyerahkan hantaran dan duduk di dalam rumah itu.

Setelah menyedari bahawa mereka tersilap alamat, mereka terus keluar dari rumah itu dan mengambil semula barang hantaran.

Video kejadian itu telah tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka terpaksa menanggung malu kerana tersalah alamat.

Menurut Tribun Lombok, mereka pergi ke kediaman seorang wanita yang sedang mengadakan majlis pertunangan.

Mereka ‘tersesat’ kerana menggunakan share location di Google Maps yang dihantar pada mereka.

Kebetulan pula, kampung itu pada ketika itu mempunyai dua majlis iaitu pernikahan dan pertunangan.

Sumber: Tribun Lombok

Sofea

There's always another side to every story