Siakap Keli
Gambar: Metro UK

Ingatkan Organ Terkeluar, Wanita Dilapor Tak Sedar Dirinya Hamil Sehingga Bayi ‘Terkeluar’ Ketika Gunakan Tandas

Seorang wanita di Boston tanpa sengaja telah melahirkan bayi di dalam mangkuk tandas, lapor Metro UK.

Menurut portal itu, kejadian tersebut berlaku dipercayai gara-gara wanita berkenaan tidak mengetahui dirinya hamil sehinggalah bayi itu keluar semasa dia sedang menggunakan tandas.

Menyangka kesakitan bersalin sebagai sakit akibat batu karang, wanita itu mengaku berasa lega selepas duduk di atas tandas di mana dia merasakan sesuatu keluar daripada tubuhnya, tulis portal itu.

“Saya lihat di dalam tandas dan saya tidak tahu itu apa. Saya sangka saya kehilangan organ kerana saya tak tahu,” katanya.

“Saya menjerit ketakutan, saya terkejut. Saya tak tahu apa yang berlaku dan pasangan saya masuk ke tandas dan selamatkan bayi itu,” ujarnya lagi.

Lelaki itu kemudiannya masuk untuk membantu sebelum sedar pasangannya telah melahirkan seorang bayi lelaki yang telahpun terjatuh ke dalam tandas.

Tambah portal itu, lelaki berkenaan pada awalnya menyangka bayi itu najis yang besar, namun tersedar ia bukanlah najis kerana terlalu besar.

Lelaki itu kemudiannya membersihkan bayi tersebut mengikut teknik yang pernah dipelajarinya melalui rancangan televisyen, tulis Metro UK.

“Saya sentiasa lihat perutnya dan dia terus bernafas sendiri.. Saya berdiri, dekatkan dia pada dada dan badan saya untuk menghangatkannya,” kongsinya.

Terdahulu, pasangan itu telah menelefon ambulan setelah menyangka wanita itu sakit kerana batu karang, namun sebaik paramedik tiba, mereka dikatakan terkesima setelah mendapati pasangan itu bersama seorang bayi.

Wanita dan bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di mana kedua-duanya didapati sihat, selain sedikit masalah kekurangan zat besi pada bayi tersebut.

Wanita itu dikatakan telah lama mengalami masalah haid tidak teratur. Dia juga menyangka berat badan yang bertambah adalah kerana sering duduk di rumah akibat COVID-19, lapor Metro UK.

Sumber: Metro UK

Amira

Love yourself.