Siakap Keli

Ini Komplikasi Diabetes Di Bahagian Mata, Penghidap Berisiko Terkena Edema Makula

Tahukah anda diabetes pada mata boleh berlaku? Salah satunya kerana komplikasi kencing manis yang boleh berlaku kepada pesakit diabetes ialah edema makula (macular edema)

Apakah yang dimaksudkan dengan edema makula diabetes?

Edema makula diabetes ialah sejenis penyakit mata yang merupakan salah satu komplikasi diabetes. Makula pada mata membolehkan kita fokus dan melihat perincian dengan lebih baik.

Ia terletak di tengah retina, lapisan di bahagian belakang mata yang penuh dengan saluran darah.

Edema makula berlaku apabila cecair berlebihan mula berkumpul di makula mata. Apabila cecair berlebihan ini berkumpul di makula, ia menyebabkan masalah penglihatan.

Tahap gula darah yang tinggi boleh merosakkan saluran darah pada retina mata.

Pembuluh darah yang rosak boleh membocorkan cecair yang terkumpul tersebut, yang kemudiannya menyebabkan pembengkakan dan masalah lain. Kerosakan ini disebut sebagai retinopati.

Apakah punca yang menyebabkan edema makula diabetes?

Paras gula darah yang tinggi boleh merosakkan salur darah kecil yang terletak pada mata. Hal ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat edema makula diabetes.

Selain daripada paras gula darah yang tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan kerosakan salur darah.

Dalam sesetengah kes diabetes, kehamilan juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat edema makula ini.

Simptom-simptom edema makula

Pada peringkat awal, mungkin tidak terdapat sebarang gejala yang jelas bagi edema makula.

Sekiranya anda menghidap diabetes, anda perlu berjumpa doktor setiap tahun agar mereka dapat memeriksa mata anda untuk mengesan sebarang perubahan.

Sekiranya terdapat tanda-tanda retinopati atau edema makula, rawatan awal dapat mencegah atau memulihkan kehilangan penglihatan.

Antara simptom-simptom yang boleh berlaku bagi edema makula ialah:

  • Penglihatan yang kabur
  • Melihat warna yang kelihatan pudar
  • Ternampak lebih banyak floaters dalam penglihatan
  • Penglihatan yang berganda

Jenis-jenis edema makula diabetes

Edema makula kadangkala dikelaskan berdasarkan jumlah pembengkakan yang dilihat pada retina mata.

Retina yang lebih tebal bermaksud terdapat lebih banyak pembengkakan. Ia juga bermaksud risiko kehilangan penglihatan yang lebih besar.

Ia juga ditentukan berdasarkan lokasi kerosakan pada saluran darah. Dalam beberapa kes, ia terhad kepada satu kawasan sahaja. Dalam kes lain, kerosakan lebih banyak berlaku di seluruh retina.

Apabila anda menjalani pemeriksaan mata, doktor mungkin melakukan beberapa ujian pada mata anda.

Ujian ini bertujuan menilai kehilangan penglihatan dan menunjukkan kerosakan pada saluran darah atau jumlah pengumpulan cecair (pembengkakan) pada retina.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit edema ini?

Mereka yang menghidap penyakit diabetes jenis 1 dan 2 sememangnya berpotensi untuk mendapat penyakit mata ini.

Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh meningkatkan faktor risiko tambahan kepada penyakit mata ini.

Faktor risiko tersebut ialah:

Ini kaedah rawatan untuk penyakit mata ini

Terdapat rawatan berkesan untuk penyakit ini. Sekiranya anda menghidap penyakit mata ini, beberapa rawatan dapat melindungi penglihatan anda.

Terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia untuk merawat edema makula, termasuklah:

Terapi laser

Terapi laser menggunakan sejenis laser kecil yng mensasarkan kawasan yang rosak pada retina.

Proses ini menutup saluran darah yang bocor dan mencegah pertumbuhan saluran darah yang tidak normal.

Terapi laser dapat membantu mengekalkan tahap penglihatan semasa anda dan mencegah kehilangan penglihatan yang lebih jauh.

Anda mungkin memerlukan beberapa rawatan laser dari masa ke masa untuk memperbaiki kerosakan mata.

Anda mungkin memerlukan rawatan tambahan sekiranya berlaku lebih banyak kerosakan mata.

Ubat suntikan

Terdapat dua kumpulan ubat suntikan: anti-VEGF dan steroid. Di dalam setiap kumpulan, terdapat beberapa jenis yang lain.

Doktor akan menentukan ubat tertentu dan kekerapan rawatan yang sesuai untuk anda.

Doktor akan menyuntik ubat ke mata anda dengan jarum yang sangat nipis. Ini akan membuatkan mata anda menjadi kebas bagi mengelakkan kesakitan ketika mereka memberi ubat ini.

Anti-VEGF membantu mencegah pertumbuhan saluran darah yang tidak normal yang boleh merosakkan mata. Ia juga membantu mengurangkan bengkak pada retina.

Berikut adalah ciri-ciri ubat anti-VEGF:

  • Membantu mengurangkan jumlah cecair yang bocor ke dalam retina
  • Mempunyai risiko komplikasi yang rendah dan dianggap selamat
  • Berjaya memperbaiki penglihatan

Selain ubat anti-VEGF, steroid juga digunakan bagi merawat penyakit ini. Antara ciri-ciri kesan steroid dalam rawatan ialah:

  • Membantu mengurangkan pembengkakan retina dan meningkatkan penglihatan
  • Digunakan jika ubat anti-VEGF tidak lagi berfungsi

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, steroid boleh meningkatkan risiko mendapat katarak. Doktor akan mempertimbangkan sekiranya kesan baik melebihi daripada kesan buruk penggunaan steroid ini.

Sumber: Hello Doktor

Atiqah Aliah