Salah satu kelebihan cicak yang diketahui umum adalah ekornya dapat tumbuh semula. Tetapi tahukah kita ekor cicak boleh bercabang lebih dari satu?
Saintis menemui banyak laporan dari pelbagai negara mengenai penemuan tersebut. Dikatakan ekor cicak bercabang ini telah sekian lama berlaku iaitu ratusan tahun terdahulu. Namun, kes-kes kecil sebegini kurang diketahui kerana kurang disebarkan. Menyebabkan sukar untuk mengetahui pertumbuhan ekor cicak ini.
Buat pertama kalinya para saintis perlu mengumpulkan beberapa laporan mengenai “pertumbuhan abnormal” mengenai ekor cicak. Kebiasaannya pertumbuhan ekor cicak berlaku dua, tiga atau lebih.
Untuk melakukan penyelidikan ini, para penyelidik perlu mengumpul ratusan rekod lebih dari 175 spesis dan merangkumi 400 tahun. Mereka menggabungkan kajian tersebut dengan penerangan yang tidak dikaji diantara satu sama lain bagi mencipta pangkalan data global pertama untuk melihat perkembangan ekor cicak.
Kebanyakkan spesies cicak dapat melepaskan separuh atau keseluruhan ekornya ketika pemangsa menyerangnya. Proses yang disebut sebagai autonomi ekor iaitu ekor yang terlepas dijadikan umpan yang mengalihkan perhatian si pemangsa dan membiarkan si cicak menyelamatkan dirinya.
Para saintis dalam kajian mereka diterbitkan secara maya pada 25 Jun 2020 dalam jurnal Biological Reviews.
Ekor yang hilang akan tumbuh semula sebagai tulang rawan dan kadang-kala menjadi mekanisme untuk melintasi isyaratnya dan cicak akan memperoleh lebih dari satu ekor baru.
Ekornya boleh menjadi dua ekor atau “ekor berkembar” menurut kajian itu. Namun, hasil kajian yang lain lebih pelik, ianya keadaan dimana “cabang” ekor kecil muncul dari ekor asal.
Pada 2015, sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Ecologica Montenegrina, pengkaji menggambarkan keadaan itu seperti Algyroides nigropunctatus dari Kosovo yang mempunyai tiga ekor setelah kehilangan ekor yang asal.
Contoh yang lain yang didokumentasikan pada tahun 2015 juga, Salvator merianse yang mempunyai ekor bercabang enam setelah ekor asalnya tercabut kerana kecederaan. Penyelidik melaporkan kes luar biasa ini dalam jurnal Cuadernos de Herpetología.
Sewaktu penulis kajian menilai dan memberi penerangan dari pelbagai negara iaitu 425 dari 63 negara. Mereka dapati bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang pelik.
Berdasarkan jumlah kajian mereka, para saintis menganggarkan bahawa sebanyak 3% cicak di seluruh dunia cenderung mempunyai ekor bercabang.
“Jumlah yang sangat mengejutkan, sebenarnya membuatkan kita mulai tertanya-tanya apakah kesan ekologi ini. Terutamanya dengan memperhatikan cicak itu, ekor tambahan mewakili peningkatan jisim badan yang cukup besar untuk dibawa,” kata penulis kajian utama James Barr, bakal doktor di School of Molecular dan Life Sciences di Curtan University, Australia.
Sumber: Live Science