Kemiskinan tidak menghalang sebuah keluarga di Filipina ini untuk hidup bahagia. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap berusaha untuk menggembirakan insan tersayang, yakni ayah mereka sempena hari lahirnya.
Kisah adik beradik ini telah dikongsikan seorang individu dipercayai jiran mereka, Melody Silang di Facebook sebelum dimuatnaik di portal berita tempatan Philnews.
Hanya menggunakan kantung plastik untuk menggantikan belon hari jadi, wajah kanak-kanak ini tetap ceria menyusun kejutan buat ayah mereka.
Tulis Melody, adik-beradik itu juga turut membuat sebuah kek telur buat lelaki itu.
“Walaupun hidup susah, mereka tetap berusaha menjayakan hari lahir ayah mereka. Mereka merancang untuk membuat kejutan sebaik sahaja si ayah pulang dari kerja. Suasana ini sememangnya menyentuh hati.
“Disebabkan tiada duit untuk membeli belon, mereka gunakan kantung plastik dan tulis “Happy Birthday Papa”. Mereka juga buatkan kek telur,” kongsinya.
Kiriman itu telah mendapat lebih 82 ribu tanda suka daripada warga maya.
Kredit: Melody Silang



Berikut antara respon warga maya yang rata-rata tersentuh dengan tindakan kanak-kanak tersebut.
Terinspirasi, syukuri apa yang kita ada
Anak yang baik
Moga semuanya dirahmati
Sumber: Philnews
BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’