Siakap Keli

(Video) Tiada SSM Tapi Nak Buka Akaun Semasa Maybank, Ini Cara-Caranya, Hanya RM500 Deposit

Bagi sesetengah individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil atau besar, anda seharusnya perlu membuka akaun perniagaan bagi memudahkan urusan. Ya, anda tidak boleh menggunakan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan.

Namun, sebelum ini agak sukar untuk membuka akaun semasa jika tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekarang, semuanya mudah dan hanya dihujung jari sahaja. Ramai yang masih tidak tahu, korang hanya perlu ikut tips di bawah.

Seperti perkongsian daripada pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Kak Buna Sallh tentang cara nak daftar akaun semasa tanpa mendaftar di SSM untuk pengguna Maybank2u sahaja. Moga perkongsian ini dapat membantu perniaga-peniaga kecil untuk membuka akaun syarikat atau akaun semasa ini.

1. Daftar menerusi Maybank2u, klik ‘apply online’.

2. Klik pada Maybank2u Premier Akaun Semasa

3. Klik Next dan isi butiran.

Difahamkan menerusi video yang dikongsikan ini, anda perlu membayar RM 500 untuk deposit. Jangan risau, duit tersebut boleh dikeluarkan setelah ianya berjaya diproses.

4. Siap dan ia akan keluar nombor akaun seperti di bawah.

Untuk lebih faham, ikuti video pendek ini. Moga ia memberi manfaat kepada korang semua.

@buna.salleh

Lepas ni dah boleh asing modal dan untung! #buwatjetiktok #fyp #tiktokmalaysia #foryou #businesstips

♬ LOTUS FLOWER BOMB x YRN – Michael Napiza

 

Sumber: Buna Salleh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang