Siakap Keli

AlphaDog: Robot Anjing Yang Ditunggu-Tunggu, Anjing ‘Bijak’ Yang Dilengkapi Sistem Komputer

China: Syarikat WEILAN Co.Ltd kini bakal mengeluarkan robot anjing yang dipanggil AlphaDog. AlphaDog diciptakan sebagai teman serta senang dijaga buat penggemar anjing.

Robot anjing ini dicipta menggunakan teknologi canggih, reka bentuk unik dan kawalan gerakan yang dapat menambat hati anda. Robot Peribadi serta platform mobiliti robot berprestasi tinggi untuk aplikasi anda.

Ia berfungsi seolah-olah seperti komputer sistem yang bergerak, yang disatukan dengan lancar ke aplikasi semasa anda. Anda juga boleh memasukkan apa saja yang berfungsi untuk komputer biasa ke dalam AlphaDog untuk memanfaatkan ekosistem komputer.

Di WEILAN, kualiti kawalan dititikberatkan dengan serius. Mereka secara saintifik, sistematik dan menteliti menguruskan kualiti dalam reka bentuk, kejuruteraan, pengeluaran serta perkhidmatan. Kami bekerjasama bersungguh bagi memenuhi standard kualiti terbaik.

Dilengkapi dengan integrasi yang tepat dari teknologi yang tersedia ada seperti Al, loT, 5G AR/VR, Autonomous Driving, Swarm Intelligence, dll. Kelebihan AlphaDog ini salah satunya mampu berlari dengan pantas, berlari dan memanjat.

Keunikan lain adalah dapat melakukan pelbagai hal yang sukar contohnya membantu menghantar barangan, memimpin orang buta, memeriksa lokasi bahaya serta membantu dalam misi menyelamat.

sumber: WEILAN Co.Ltd , Xinhua News

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.